Friday, July 18, 2008

Bisikan hati....


Saya menganggap blog adalah tempat di mana bisikan hati boleh dijelmakan dalam bentuk tulisan. Lantas apa yang terjelma tidak semestinya rasional di pihak yang membaca nya dan adakala tidak juga dari pihak yang menulisnya ia itu saya sendiri.

Pagi pagi saya bangun dari tidor dengan penuh pemikiran dan perasaan yang tidak ketentuan hala yang hendak dilepaskan. Kalau kita lapar kita makan. Kalau kita dahaga, kita mencari minuman. Tapi jika terdengar suara dari dalam diri yang hendak di dengar, maka desakan itu kita jelamakan dalam bentuk penulisan seperti ini. Seperti makan dan minum,kepuasan nya hanya kepada yang empunya badan. Begitu juga keadaan yang sama dengan penulisan, kepuasan nya kepada dirinya sendiri. Di sini ingin saya katakan saya menulis bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri. Andai nya ada diluar sana yang memiliki cita rasa penulisan seperti saya maka sudah pasti dia menyukai tulisan saya ini. Seperti juga makanan yang mana adakala dua orang memakan benda yang sama,maka seia sekatalah mereka dalam membeli makanan tersebut. Hanya kedua mereka sahaja yang boleh merasai keenakan rasa makanan tersebut, tidak orang lain.

Bersabit dengan penulisan dalam bahasa Inggeris atau Melayu, maka ada yang berpendapat saya tidak patriotik lagi kepada bangsa. Kalau begitulah komen yang diberi, maka ramailah Pak Menteri kita yang tidak patriotik lagi. Tengoklah bahasa yang diguna mereka, bahasa apa? Jawapannya ialah `bahasa rojak' yang memalukan bangsa sendiri. Dan jika anda seorang Cikgu Bahasa Malaysia, apakah komen cikgu terhadap fenomena ini? Dan lagi memalukan jika ada kalangan orang orang atasan ini adalah bekas pelajar cikgu sendiri!

Penulisan dalam bahasa Inggeris tidak sama sekali merendahkan mertabat seseorang manusia itu tidak kiralah apa bangsanya. Tidakkah anda terfikir, terdapat juga bisikan hati dalam semangat dan bahasa orang putih. Jangan sekali disalah ertikan penulisan begini. Penulis berkenaan menulis sekadar merealisasikan bisikan hati yang mana bisikannya adalah dalam bahasa Inggeris. Mungkin `what resides in him or her is an English spirit'. Makna mudahnya adalah `dalam dirinya ada hantu orang putih'. Maka cakap dan tulis orang putihlah dia. Apa susah sangatkah hendak difaham?

Pernahkah buat seketika anda memikirkan dengan serius dan mendalam siapa diri kita yang sebenarnya? Dalam pada itu cuba buat analisa, dalam banyak lautan di dunia ini, lautan mana yang sudah kita renangi atau lintasi? hahaha. Pagi pagi begini bisikan hati dah semakin menjadi jadi. Tenaga agak berlebihan. Kena berhenti di sini nanti lambat sampai ke tempat kerja. Lambat tu dahlah satu hal, takut terdengar bisikan hati yang sedang menunggu tu, dan besar kemungkinan membuat saya menulis bukan lagi dari bisikan hati sendiri, tapi dari bisikan hati mereka pula. Bolehkan?...hahha

No comments: