Saturday, July 26, 2008

Menipu diri sendiri..being truthful to oneself





Istilah menipu yang saya guna bukanlah membawa maksud menipu hingga membawa kemudaratan atau orang lain teraniya, tapi cuma expresi diri dalaman bagi tujuan menyelamatkan keadaan. Saudara saudari pun ada menggunakan expresi diri ini bagi tujuan kemesraan sosial yang berpanjangan seperti menjaga hati suami atau menjaga hati isteri atau menjaga rakan serumah. Betul tak?

Saya memperkatakan perkara ini kerana adakala tahap menipu yang begini dah sampai ke tahap merbahayakan diri kita dan dah sampai masa kita harus berterus terang. Kalau tidak prinsip, identiti, dan maruah diri akan tercalar dan menampakkan kita mudah menjadi alat permainan orang lain. Sebagai manusia, kita ada maruah dan jangan biar dimensi keperkasaan semulajadi kita terhakis sikit demi sikit. `We are born to fight for a genuine social cause and never ever let yourself being bought over by selfish reasons of others.' Kalau perkara kecil kecil okey lah, tapi kalau dah nampak kita diperbudakkan maka kita kena `bangun dan memberontak.'

Pengecapan ketenangan merupakan hak yang hakiki dan ramai antara kita `terperangkap' diantara diri kita dan diri orang lain. Kata orang kita sengaja mencari susah walhal penyelesaiannya ibarat `tepuk dada tanya selera.' Walaupun senang kita bercakap, lumrahnya ramai yang memendam rasa atas persoalan yang tidak sepatutnya menjadi persoalan kita pula. Kerana apa? Tidakkah anda berada di pihak yang lemah jika perasaan ini berterusan dan berlarutan? Tidak inginkah saudara atau saudari kepada suasana keperkasaan dan kekuatan itu? Maka kenalah kita menyemak dalam dalam diri kita dan cuba cari atau `identify areas' yang merupakan tempat dimensi kelemahan ini tengah buat sarang atau telah bersarang. Then action should be taken. Jangan secara drastik. Ambillah tindakan secara beransur ansur, berhemah, dan penuh diplomasi atau penuh dengan sopan santun sebagaimana dituntut oleh adat resam kita orang Melayu apa lagi tuntutan agama Islam. Berani kerana kebenaran Islam dan takut kerana kesalahan besar yang telah kita lakukan. Tapi kalau kesilapan itu kecil dan hanya soal ketenangan hati sendiri, apa yang perlu kita takutkan?

Sebenarnya apa yang telah diperkatakan tadi berlaku dalam semua senario kehidupan manusia, baik dalam alam belajar dan perkerjaan, alam kemasyarakatan yang perlu besosial, berkoperasi, berpersatuan, berumah tangga dan berjiran, dan juga alam politik yang penuh dengan tipu helah dan tipu daya. Hendak tak nak, kehidupan manusia perlu melalui alam-alam itu. Baik buruknya laluan alam tersebut terletak kepada diri kita sendiri. Falsafah hidup dan prinsip diri yang menjamin ketenangan diri kita kenalah diperteggakan dan diperjuangkan. Be truthful to yourself in certain things. Elakkan dari amalan melakukan sesuatu yang menampakkan menipu diri sendiri. InsyaAllah, Allah yang Maha Besar lagi Penyayang akan memakbulkan doa anda jika anda benar benar ingin kepada perubahan. Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

think about it..