Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Saturday, July 19, 2008
Laluan semalam..Path of yesterday..
Tidak banyak saya hendak memperkatakan tentang laluan semalam. Takut sekali saya jika ada yang membaca ini akan mengkategorikannya sebagai cerita yang `penuh dengan motif tak baik' atau yang gagal mencari `point' tulisan saya ini. Saya tidak kisah semua itu kerana sesuatu tulisan merupakan santapan kepada rohani sahaja. Seperti makanan, bila lapar kenalah makan walaupun makan tu tak seberapa enaknya. Kadang kadang tidak ada sebab mengapa kita perlu makan.
Melihat itu semua, bolehlah di katakan sebarang laluan itu tidak mudah dilalui. Pengalaman hidup saya dipenuhi dengan laluan yang saya kira tidak akan berjaya dilalui kalau hati tidak seberani mana.
Eloklah saya mulakan dengan laluan ke sekolah dulu. Menengok akan keadaan fizikalnya sesuatu tempat itu memungkinkan kita tidak akan pergi ke sekolah. Kehidupan saya dalam menangani masalah `laluan ke sekolah' ini amat getir sekali. Saya tidak akan menterperincikan laluan yang getir itu, tetapi syukur Alhamdullilah dengan berkat kesabaran saya berjaya ke sekolah juga.
Cerita ini bersambung jika saya rasa nak menulis hal ini lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment