Saya hanya hendak bercakap ringkas tentang perkara ini. Ada orang dan buku juga ada berkata, dan menggambarkan kita perlu mengamalkan sikap terbuka lantas menampakkan diri kita jujur dan ikhlas. Betul ke? Atau sekali sekala kita juga perlu menutup perkara sebenarnya bagi mengelakkan `peperangan' yang dasyat antara dua pihak yang sekian lama bermusuhan seperti jiran sebelah menyebelah. Atau kita terbuka pun boleh, hipokrit pun boleh, asalkan ia menampakkannya sebagai satu strategi atau taktik atau cara untuk tujuan baik seperti persaingan yang sihat, atau tujuan jahat seperti hendak menjahanamkan musuh tak kiralah musuh perseorangan, perniagaan, politik, sosial, atau tujuan sejarah negara tersebut seperti apa yang dilakkukan oleh bekas presiden Bosnia, Radovan Karadzic yang menyamar sebagai Dr Dragan David Dabic, seorang doctor alternatif.
Banyak perkara yang boleh diperkatakan dan kalau ada peluang yang lain, saya akan panjang dan lebarkan topik ini dengan mengambil kira pengalaman saya, pengalaman Malaysia, dan pengalaman dunia.
Sebagai contoh yang terdekat, saya amat tertarik dengan komen Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu baru baru ini bersabit dengan penggunaan kereta Proton Perdana Executive V6 oleh exco kerajaan negeri tersebut. Katanya dia tak nak jadi hipokrit terhadap `cost maintenance' atau kos penyelenggaraan kereta tersebut yang mencecah RM1.15 juta bagi 16 biji kereta Perdana dalam masa empat tahun dari 2004 hingga 2008. Beliau membawa fakta tersebut bagi menguatkan keputusan kerajaan negeri menggantikan dengan kereta jenis Merceds E200 Kompressors yang mengikut Ahmad Said lebih `economical.' Dengan sikap keterbukaan Ahmad Said maka implikasi terhadap banyak perkara akan dipersoalkan. Dulu kita pernah terdengar orang Melayu berkata buat jarum sebatang pun tak pandai. Tapi dengan adanya kereta Proton, ia sekali gus melenyapkan tanggapan itu. Dan sekarang timbul pula soal memperkecilkan hasil kerajaan dan orang melayu sendiri. Apa Ahmad Said sudah lupa sejarah demi glamour penggunaan kereta Mercedes. Di sini saya pun tak nak jadi hipokrit, sememangnya kualiti Mercedes bukan saingan dengan kereta Perdana. Tapi dalam soal maruah bangsa yang sedang menuju sebagai negara maju pada tahun 2020, boleh tak kita berdiam diri buat seketika demi bangsa dan negara?
Apa yang saya perkatakan tadi mungkin ada penggemblengan contoh peribadi, politik, dan sosial. Cakap iklasnya, siapa tak nak keretea Mercedes kan? Tapi..? Di sinilah lah terletaknya kesedaran dan mungkin prinsip seseorang itu sama ada mengamalkan sikap keterbukaan atau dot, dot, dot.
No comments:
Post a Comment