Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, July 20, 2008
Generasi Y yang ceria...
Semalam saya berada di sebuah institusi pengajian tinggi dan sempat bersama sama dengan kakitangan Universiti tersebut yang sedang mengadakan aktiviti suai kenal dengan pelajar baru. Ada beberapa perkara yang terakam di kepala saya ini apabila melihat gelagat pelajar yang tediri dari generasi Y ini. Antara perkara yang jelas kelihatan seperti berikut: jelas ramai pelajar perempuan dari lelaki; pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak lagi seperti dulu, tidak ada segan silu lagi antara satu sama lain. Tenaga pengajar pula adalah terdiri dari kalangan mereka yang tergolong dalam kategori generasi X dan `gap generasi' dengan generasi Y tidaklah ketara sangat berbanding dengan kakitangan dari golongan generasi `baby boom' yang sedikit jumlahnya. Tetapi `baby boomers' ini adalah terdiri dari mereka yang kaya dengan pengalaman dan keberkesanan berinteraksi sangat terserlah dari golongan `baby boom' ini. Ini terbukti dari penglihatan saya yang mana pelajar baru yang di bimbing oleh golongan `baby boom' ternampak kesyahduan dan kesepaduan dalam penyampaian dan penerimaan. Deraian ketawa dari pelajar bawahan mereka ini jelas terasa dan menggambarkan mereka benar benar tercuit dengan apa yang dibincangkan.
Pembaca tentu tertanya tanya apa dia generasi x, y dan `baby boom' tu? Golongan generasi Y adalah mereka yang lahir antara 1979 dan 1994; generasi X antara 1965 dan 1978; dan `baby boomers' antara 1946 dan 1964. Mungkin boleh diperkatakan dengan lebih mendalam lagi akan kategori yang dikatakan tadi. Perlu digubal semulakah kategori ini mengikut acuan penduduk Malaysia itu sendiri? Adakah kategori kategori itu tidak menggambarkan penduduk di Malaysia yang sebenarnya? Walau apa pun, dengan apa yang didengar dan dilihat di aktiviti pelajar tersebut, semamngnya generasi Y ini dibesarkan di zaman internet dan ICT dan hari hari digegarkan oleh pelbagai media dengan iklan yang berbagai pula. Justeru mereka ini lebih hebat dari generasi yang lain dalam pemilihan dan pembelian barangan atau apa jua pun. Pendekatan mereka lebih `customised' atau `brand conscious' berbanding dengan generasi yang lain. Tetapi persoalannya adakah mereka betul dan benar dalam segala hal? Perlukah mereka kepada bimbingan? Apakah peranan yang patut dimainkan oleh mereka dari golongan X dan `baby boomers' untuk memastikan mereka tidak tersasar..
Cerita ini bersambung mengikut masa yang sesuai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam tualan3.kesinambuingan umur merupakan aset kejayaan negara.
kepada yang muda diserahkan tanggugjawab dan daripada yang tua menyerahkan tugasan.
patutkah ini dipersalahkan walaupun inilah kehidupan ?
generasi Y mahupun X serta yang lain tiada istilah salah , yang membezakan cumalah perbezaan mentaliti.
seharusnya dipertukarkan bicara anda dengan saintifik yang lebih menjurus kepada sifat dan sikap manusia tetapi bukan kepada tuntutan duniawi diantara umur dan jantina.sekian
Saya hanya melaporkan sesuatu di tempat saya berada dan melihat sendiri apa yang berlaku.
Pandangan saya bukan merupakan laporan kajian yang ada kaitan dengan apa-apa dan sesiapa.
Ia hanya pandangan `casual' dari saya untuk saya. Andainya saudara atau saudari terbaca, senyum senyum sendiri atau masam masam sendiri sudahlah. Tidak di tujukan kepada sesiapa.
Saya harap saudara/i perlu `relax' bila membaca atau memerhati sesuatu.
kajian ....
Post a Comment