Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Monday, July 21, 2008
Kecelaruan atau Kekeliruan..?
Bila di perkatakan sesuatu, tidak dapat tidak terpaksa mengambil daripada rujukan tertentu bagi
memperjelaskan keadaan atau perkara tersebut. Contohnya, dengan topik `kecelaruan dan kekeliruan' boleh dilihat dari berbagai sudut atau berpaksikan apa jua paksi kita hendak letakkan. Atau kita boleh meletakkan di atas dua paksi sahaja, duniawi dan bukan duniawi. Kalau begitulah paksinya diletakkan, perbincangan menjadi begitu luas sekali sehingga memungkinkan kita akan bertambah lebih celaru dan keliru.
Saya lebih gemar berpaksikan teori khusus yang lebih dekat dan boleh dipraktikkan dengan serta merta. Dengan lain perkataan pendekatan saya adalah untuk seseorang mendekatkan lagi diri mereka dengan pelanggan kalau sekiranya mereka seorang peniaga; atau mendekatkan lagi pengurus dengan pekerja kalau sekira mereka seorang pengurus sesuatu jabatan. Pengurus ini sudah tentu ingin melihat keefisyenan dan keberkesanan hasil kerja kakitangannya.
Teori yang hendak perkatakan ini adalah teori komunikasi. Sebelum diperkatakan dimensi utama teori tersebut, ingin saya memperdekatkan satu teori juga iaitu teori `gestalt psychology'. Teori ini mengandaikan kita sampai bila bila tidak akan mengenal seseorang kerana kita tidak akan dapat berada di sisi mereka buat selama lamanya. Contoh yang senang, dengan tulisan saya ini, dan berpandukan pengalaman dan pengetahuan saudara dan saudari, anda telah membuat kesimpulan terhadap saya. Dalam bahasa Inggerisnya `you don't see all of me but you have concluded who am I'. Bukan kah itu tidak betul. Dalam bahasa inggerisnya teori ini telah menegaskan `the sum are not equal to the parts.'
Jadi mari kita balik kepada topik ini mengapa kecelaruan, kekeliruan dan kekalutan berlaku? Sebaik sikap ialah jangan membuat kesimpulan terhadap sesuatu apa lagi berpandu kepada satu paksi sahaja. Dalam Islam kita digalakkan bermusyawarah atau dengan lain perkataan memperhalusi sesuatu dengan perbincangan untuk mencari kebenaran. Itu pun bukan satu hari, bukan dua hari malah ada mengambil masa bertahun tahun lamanya. Ini boleh kita menjengok ke dunia dan cuba perhatikan gelagat yang menampakkan `ketidaksukaan'kepada bermusyawarah ini dan hasilnya `peperangan kecil dan peperangan besar' dan mencakup semua aspek kehidupan sosial manusia di dunia ini.
Proses faham memahami perlu diamalkan bagi mejalinkan lagi silaturrahim antara manusia di dunia ini. Pendekatan teori berkomunikasi jelas memperdekatkan lagi usaha untuk memahami elemen penyampai dan penerima (sender and receiver) tak kiralah atas kapasiti apa penyampai itu. Si penyampai mesti ariff terhadap perkara atau elemen yang boleh mengugatkan kefahaman yang sebenarnya oleh si penerima. Kalau semuanya berjalan dengan lancar sudah pasti dunia akan lebih aman dan ekonomi akan terus berkembang.
Dan sekali gus menyelesaikan masalah `kecelaruan, kekeliruan, dan kekalutan' dan terjalinlah silaturrahim..InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment