Monday, July 14, 2008

Fikiran dan Perasaan Tidak Pernah Menentu...Benarkah?




Ada yang bertanya, apa saya tidak boleh menulis lagi dalam Bahasa Melayu? Apa disebabkan pengalaman saya di negara orang lain maka saya telah menyombong diri dengan bahasa mereka?

Sama sekali tidak Pak. Malah Bahasa Malaysia saya merupakan bahasa yang bertunjangkan ke zaman silam sesilamnya. Maksud saya saya boleh bermadah dalam bahasa yang di bahasakan oleh mereka di zaman Hang Tuah lagi. Apa bukankah Hang Tuah merupakan hero lagenda yang mengajar kita supaya taat kepada ketua setaat-taatnya? Hati dan bahasa yang ada kaitan dengan taat itu masih menebal dalam diri saya seperti zaman Hang Tuah itu. Pergolakan politik sekarang jelas mempamirkan kategori patriotik saya kepada pemerintah. Malah saya agak kecewa dengan apa yang sedang berlaku dan menampakkan masyarakat kita tidak lagi bersatu hati apabila `negara di langgar todak'.

Pada saya bahasa tidak merupakan ukuran utama dan sebenar kepada patriotiknya seseorang terhadap negara dan pemerintah. Bahasa hanya merupakan elemen luaran sama seperti perbezaan orang Kelantan dan orang Selangor di segi bunyi terkeluar dari mulut apabila hendak menyampaikan sesuatu. Justeru ia hanya mempengaruhi seseorang di segi bertutur untuk menyatakan sesuatu sahaja. Ia tidak ada kaitan dengan hati, kesukaan dan kecenderongan kita sebagai orang Melayu. Malah kerangka pemikiran minda terhadap kehidupan sebenarnya adalah sama. Orang Cina dan orang India, substance atau teras pemikiran mereka adalah mencakup perkara-perkara dan peristiwa yang mereka alami di Malaysia dan tidak di negara lain. Jadi jika mereka ingin memperkatakan sayang atau taatnya mereka terhadap Malaysia sudah pasti dengan menggunakan bahasa yang mereka fasih lebih menggambarkan isihati mereka yang sebenarnya.

Sebagai mengakhiri kata saya ucapkan selamat siang sehingga betemu lagi di lain posting.

2 comments:

Anonymous said...

apakah motif disebalik istilah yang keluar dari cerita ini wahai sutradara panglima sari hang tuah ?
membutktikan persis berbicara bahasa malaysia sepertimana kelancaran melayu di zaman jepun ??

Hamdan said...

Hang,

Penulisan ada lah merupakan santapan rohani..? Perlukah ada motif? Hidup nie kena belajar relax..