Thursday, July 24, 2008

Kesedaran dan Keinsafan..


Semalam, 23 Julai 2008, dengan apa yang dialami timbullah kesedaran dan keinsafan kepada sesuatu. Dengan tidak secara teratur, saya perturunkan pengalaman tersebut.

Azan subuh berkumandang di udara menandakan masuknya waktu subuh. Walaupun setiap pagi azan subuh kedengaran, suatu persoalan ialah bagaimana kesedaran dan keinsafan boleh di rasai oleh setiap insan yang mendengarnya? Bagi saya, terdengarnya azan itu maka terungkaplah kata kata `hakikat yang sentiasa relevan.' Apakah yang dimaksudkan oleh cetusan itu?Allah itu Maha Adil. Untuk sedar dan insaf itu tidaklah datang begitu sahaja kepada seseorang itu. Ada prosesnya. Contoh orang yang `berilmu', bagaimana? Seseorang itu boleh dianggap berilmu selepas melalui beberapa proses kehidupan tertentu yang membuat dia tersentak dengan `rasa ilmu' yang terilham lantas akan melekat kepada diri dia sampai bila bila.

Berbalik kepada `hakikat yang sentiasa relevan itu' ianya menggambarkan kedegilan insan yang dijadikan Allah yang tidak melakukan suruhannya. Ini persoalan sangat asas yang hendak saya perkatakan. Tetapi saya memerlukan tempat dan ruang masa yang sesuai untuk memperkatakan hal ini. Sebagai insan, saya juga tidak terkecuali dari dibayangi kebimbangan jika saya mencetuskan sesuatu dengan tidak memikirakan tempat dan masa yang sesuai. Takut ada yang terluka dan mencetuskan kemarahan.

Apakah agama Allah itu tidak dianggap relevan lantas mengabaikan solat walaupun azan kedengaran? Perasaan inilah yang sangat menggerunkan saya. Allah yang Maha Besar, lagi Penyayang dan kesedaran terhadap Kekuasaan Allah masih diabaikan. Walaupun senario kejadian manusia sememangnya mempamirkan perlakuan yang sedemikian pada mulanya, tetapi Allah tetap bertindak adil kepada apa yang diciptaNya.Manusia mudah mengkiblatkan kepada sesuatu yang terdekat sahaja, baik disegi rasa dan pandangan atau penglihatan. Lantas yang dekat jadi jauh, yang nampak jadi tak nampak, yang boleh jadi tidak boleh. Dan yang menakutkan yang relevan jadi tidak relevan. Relevan memiliki dua dimensi, dekat dan jauh. Tapi ramai lagi belum berusaha merasai ilmu itu. Relevan kepada mereka adalah perkara yang terdekat sahaja dan boleh membawa keuntungan yang segera. Maha Besar Allah yang Menyayang KejadianNya akan memberitahu hakikat yang sentiasa relevan walaupun kita tidak menyedarinya. Bolehkah kita lari dari deria yang ada kaitan dengan bunyi, rasa, dengar, sedap dan bau? Walaupun saya sedang menulis, bunyi disekeliling tetap kedengaran. Sekejap lagi saya akan bersarapan pagi, menikamati rasa dan bau. Hari hari hakikat deria ini mengasak kita tetapi kita tidak ambil pusing sehinggalah kita hilang kedengaran atau tidak merasa kelazatan pada makanan. Ketika itulah kita dilanda kesedaran dan insaf akan sesuatu yang dekat tetapi bersifat jauh dan sangat berguna fungsinya. Dan selama ini kita tidak menyedarinya.

Hari semalam, saya diselubungi perasaan yang menampakkan kesan tindakan yang membuat saya rasa irrelevan. Syukur, perasaan itu hanya seketika kerana terilham dengan pandangan yang melihat relevancy di mana mana apa lagi dalam konteks dunia yang dicipta masih utuh dan relevan kepada semua umat, baik ekonominya, politiknya, dan sosialnya. Jadi perasaan irrelevan buat seketika itu hanya bersifat peribadi dan semantara kerana sumbernya adalah dari mereka yang serba kekurangan, sedang belajar, dan sedang mengalami proses kearah kematangan yang sebenarnya. Hakikatnya, kalau saya terasa begitu, maka dengan tersendirinya terbukalah ruang dan peluang untuk menyedar dan menginsfkan lagi mereka. Tidakkah begitu?

Dengan berbalik kepada hakikat yang asas tadi ia itu, suara dan bunyi, pegang dan rasa, pandang dan lihat, lakukan dan didiklah mereka dengan berhemah, InsyaALLAH, kesedaran dan keinsafan akan dirasai, walaupun dalam jangka masa yang berlarutan. Walaupun begitu, `before you know it (atau sedar tak sedar) he or she is already a changed person' (insyaAllah berlaku anjakan dan perubahan juga).

No comments: