Sunday, July 27, 2008

Rahsia terungkai dan terlerai..





Azan memecah kesunyian waktu pagi. Tersentak ramai dari tidor mereka. Proses `perungkaian' rahsia alam bermula. Lantas tidor tidak bermakna lagi kepada mereka. Segala tenaga akan tertumpu kepada mencari sebab mengapa `sesuatu' itu menjadi `sesuatu.' Juga mencari rahsia kepada juah (distances) dan dalamnya (depth) sesuatu perkara itu. Lantas proses ke arah penguasaan segala rahsia bermula. Setakat yang mampu, tidak semua rahsia dapat di ketahui sekali gus. Namun gerak langkah ke arah itu telah bermula. Lantas tidak ada gunung yang terlalu tinggi untuk didaki; tidak ada lautan yang begitu dalam untuk diselami; tidak ada gelagat dan kerenah manusia tidak boleh difahami; tidak ada keperluan yang tidak boleh dipenuhi, lantas tidak ada barang tidak boleh dipasarkan; juga tidak ada penyakit atau virus yang keterlaluan misterinya yang tidak boleh diketahui.

Dalam pada itu, ada rahsia yang tidak jelas peranannya. Mengapa `kebelantaraan hutan' sepatutnya terus menjadi hutan belantara dan perlunya kepada penjagaan; dan ada bukit dan gunung yang mana tidak perlu diusik bagi mengekalkan keperkasaanya. Begitu juga dimensi dan ciri fitrah kejadian manusia, tidak perlu diselongkar rahsianya sedemikian rupa menyebabkan tergeraknya paksi kehidupan di mana pusingannya tidak lagi mesra.

Saya tidak hendak berceloteh panjang kerana takut rahsia kejadian akan terus menjadi rahsia.

No comments: