Adakah
itu
fitrah jika kita mengingini sesuatu itu tidak berjauhan? Atau kita mesti mempunyai sesuatu
fikrah untuk berdekatan?
Fitrah dalaman sentiasa menanya dan
fikrahnya kita sentiasa beroleh jawapan. Lantas hanya dengan
fikrah satu hari nanti kita akan dapat melenyapkan halangan halangan dan tersatulah seluruh kelompok manusia diseluruh dunia. Selagi
fikrah kita tidak di baja subur, masih dibiarkan merangkak di bawah, dunia akan terus menyaksikan kepentingan
fitrah diri menguasai kehidupan. Antaranya
fitrah manusia suka melayani emosi bunuh membunuh lantas undang undang rimba dikekalkan. Mereka ada PBB, hakikatnya PBB juga menghalalkan bunuh membunuh antara satu sama lain.
Fitrah berhibur kehingga pagi telah menjadi amalan dan dibudayakan. F
ikrah menganggapnya sebagai satu kebodohan dan kesombongan manusia kerana ianya merosakkan.
Fikrah manusia sepatutnya mengharamkan perang, tetapi
fitrah diri pula menghalalkan bukan sahaja perang tetapi perkara perkara yang tidak diterima oleh akal tetapi diterima juga kerana
fitrah nafsu dan keinginan rasa yang mengharamkan sebarang bentuk kawalan. Dan ada yang memberi alasan kerana ia mengalakkan aktiviti ekonomi. Lantas saya akan menanya, adakah penulisan saya ini hasilan dari
fikrah atau
fitrah?