Saturday, December 31, 2011

Kota Hati...

Itulah merupakan ibu kepada jasad yang dicipta. Itulah Kota Hati. Berkerja di siang hari dan berehat dan bermimpi apabila malam menjengah. Penguni kota hati merupakan penghuni yang begitu ikhlas terhdap apa perkara yang mesti dilalui. Pintu kepada kota hati adalah assalamualaikum. Dan penghuninya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberi dan diperolehi di samping mencari ilmu bagi memakmurkan lagi kota hati ini. Allahuakabar. Itulah sepatutnya meniti di bibir. Bagi penghuni kota hati, hanya Allah Yang Maha Besar lagi menguasai segala-galanya. Segala ketentuan adalah HakNya. Allahuakbar.

Friday, December 30, 2011

unsur-unsur jahat...

Unsur-unsur itu jelas dan sangat jahat. Dan apa yang pada mulanya disangka datangnya dari orang siuman yang tahu bergurau, rupa-rupanya cetusan rasa dan hati yang mati, yang terikat dan diikat kemas oleh unsur halus dari kalangan yang dinamakan syaitan dan iblis. Tidak tahu kerja lain, tidak juga memberi ruang, hanya mendendangkan lagu benci, persengkitaan, dan perpecahan. Lantas dengan sendirinya telah dijadikan pelakon utama kepada syaitan dan iblis. Mengapa begitu sekali? Sehingga sanggup meminta dan meminta seolah-olah tidak ada kawalan lagi. Aneh. Tetapi itulah kenyataan yang dihadapi dengan mata yang terbuka, tetapi mungkin hati telah ditutup oleh anasir dan unsur luar yang halus. Unsur apa ye? Sudah tentu itu adalah unsur syaitan dan iblis yang cuba memesongkan melalui yang telah terpesong.  Adakah begitu mainan orang yang telah terpesong? Sesungguhnya hanya kepada Mu ya Allah hamba memohon perlindungan dari syaitan yang direjam dan apa jua angkara yang cuba memesongkan. Allahuakbar.

Wednesday, December 28, 2011

I am still the man I was...

Still the man I was. Love being alone and watching TV all by myself. Friends? Friends come and friends go. That feel of loving someone? I am still the man I was. And tonight or rather at 1.30 in the morning I am about to retire to my bedroom when the thoughts of being the man I was creates this piece of writing. Allah is Great.

Tuesday, December 27, 2011

Life made simple..

So is my topic I am about to write. It is a very simple topic. The topic is You and Me. If I were to say `I hate you'  then the reaction I get is that you would probably hate me for saying that. If I were to say I love you, you would just stare at me with an unbelievable look. Well let us made life as simple as hate and love. Two dimensional feeling of either love or hate.Could we? Sesungguhnya menyayangi lebih ringan, senang dan mudah dari membenci, yang berat dan merosakkan. Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Allahuakbar.

Monday, December 26, 2011

Cuti...

Cuti dari apa? Kehidupan sepatutnya tidak mengenal erti cuti. Tetapi ramai diberi cuti kerana semalam sepatutnya cuti tetapi oleh kerana semalam hari Ahad maka digantikan dengan hari ini Isnin 26 Desember 2011.Oleh kerana bercuti, maka saya hanya sekadar melayan sahaja apa yang sedang berlalu di kepala saya. Oh cuti. Mengapalah banyak sangat hari yang patut diberi cuti? Syukur kehadrat Allah Subhanawataalla kerana saya tidak berhenti dari menulis. Allahuakbar.

Sunday, December 25, 2011

Ketidakbiasaan...

Tidak banyak benda yang boleh diajar melalui kebiasaan. Kita belajar apa itu panasa jika cuaca terlalu panas. Kita belajar apa erti itu kesejukan jika cuaca terlalu sejuk.. Tetapi itulah yang diharap dan dikehendaki oleh ramai orang, tidak panas tidak sejuk. Sedang elok. Tetapi Allah Maha Kaya telah melihatkan kehebatanNya dalam konteks ketidakbiasaan. Ini semua membuatkan kita belajar dan berfikir. Lantas saya mengajar. Jangan takut pada matahari, takutlah pada bulan. Jangan takut pada cuaca yang panas, takutlah pada cuaca yang tidak panas dan tidak sejuk. Banyak ciptaaan sains tercipta kerana cuaca terlalu panas dan terlalu sejuk. Ini semua membuat kita berfikir dan tidak jemu berfikir. Allahuakbar.

Saturday, December 24, 2011

Kaya harta...

Hari ini aku terlihat miskin dari sudut dimensi yang sangat berbeza dan menginsafkan. Si A akan terus bercakap dan bercakap kerana kalau dia tidak berbuat demikan dia akan dilanda kemiskinan dan kekurangan diri yang amat teruk. Kemiskinan bukan khusus kepada orang sedia miskin kerana kurang harta, malah yang banyak harta pun akan merasa kemiskinan kerana tidak punya ilmu, contohnya. Tanyalah. Kalau bukan pada harta jadi aku miskin kerana apa? Ya Allah bawalah hamba mu ini ke jalan yang lurus. Ya Allah, hambamu ini memohon ilmu dan peningkatan keimanan dalam pengurusan kehidupan. Allahuakbar.

Friday, December 23, 2011

the routine made ordinary until death...

Exercising the routine and make yourself an ordinary person.Be a benchmark of not ordinary stories. But not what I see and felt. The most powerful if they just stop by and have a chit chat on just an ordinary topics. They don't. Life and thoughts made ordinary. Everywhere. Almost all the time. And the result is a pain in the neck, in the legs, and in the stomach. Am I a victim of mistakes? Or it is very much a part of a plan? Being conceptual, being mistaken for a life with almost everybody in it. But life out there is being made ordinary. Even to a person who is nearing death or dead. The living and the ordinary treating the dead as just as ordinary as them. Sesungguhnya Allah menyimpan segala rahsia yang banyak lagi belum ditemui dalam bentuk pengetahuan dan diapplikasikan kepada kehidupan. Allahuakbar.

Thursday, December 22, 2011

sharing...


The eventual scenario is sharing. You have been asking me what I meant by an exit thought. This is my explanation. Any relationship can be a part of two components, entrance and exit. A relationship process comprised of stages towards an eventual sweet sharing. But in the first instance of anything it can be all selfishness and could be a pre-requisite. That is what I meant by an entrance. An entrance to anything can be self-centered, self-interest, self-build, self-felt, and could be a self-destruction. But Allah is Great. The true pleasure of life is none other than that of sharing and caring feeling. As an individual, we don't have the capacity to hold all the strength of a success what more a failure before we achieve a success. It has to be shared. And the moment the utterance of `syukur' and `redha', the strength can be a vacuum and just an infinite feel because it has a divine link with Allah and tilted more to the All Powerful and Mighty. Allahuakbar.

Wednesday, December 21, 2011

Bunyi apakah itu? Sayu dan menakutkan...

Di pagi hari tidak kedengaran suara manusia. Apa yang kedengaran adalah laungan azan subuh dari mesjid, bunyi kucing, burung, dan anjing. Bayangkan jika kita sekarang berada di dalam hutan belantara maka akan kedengaran bunyi dari suara haiwan liar dari berbagai jenis binatang dan unggas. Menakutkan dan menyeramkan. Kerana apa? Bunyi itu adalah yang asli dan kesemua nya dalam konteks exit dan bukan entrance. Ianya boleh diam secara serta merta dan tiba tiba. Disebabkan oleh apa? Kerana membunuh dan terbunuh, atau terbang mencari makan dan mangsa. Manusia dijadikan penuh kemuliaan di sisi Allah kerana kita tidak seperti haiwan dan binatang. Suara tidak kedengaran tetapi di mana mana dan pada bila masa sahaja rezeki tetap ada walaupun dengan sedikit usaha. Kita sahaja tidak mahu bangun dari tidor apabila sampai pada waktunya. Bukankah itu satu usaha  mengagongkan pencipta kita dan mensyukuri apa yang diberi? Allahuakbar.

Tuesday, December 20, 2011

Thought exit...

Thought entrance. Appears simple. Feel ordinary. It is everywhere. In the beginning, thoughts make poor. A poor feel and everything. It is normal. The ordinary of the day and the night. The ordinary faces and the ordinary class and the ordinary walk, talk, lectures, and the smiles. And the ordinary money and the purchases (marketing). Aaah..Everybody seems able to get what you have got. Do they? Then don't think of the thought that make an entrance and the difference. It is not. The winner and the loser. Winner in the first instance of thought entrance? It is the normalcy of a beginning and the first look. It is the thought exit that makes the difference. It holds the answers and secrets as of what and where you are. Look over the day and things are not ordinary after all. What more in terms of years and decades. The good, the bad, and the evil. The sick and the healthy, the rich and the poor, the true winner and the real losers, all are in the thought exits. And death is an exit event that thrust a person from supposedly to be an ordinary life. Is it? Sometimes we just refuse to learn. Why? It is the entrance syndrome that makes every body a victim of an ordinary life and a (poor attendance). Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan begitu sahaja. Allahuakbar.

Monday, December 19, 2011

Ramuan hidup..masa telah bertaut?

Ramuan hidup hari ini jauh berbeza. Kita telah dihidangkan dengan berbagai benda dan pemikiran yang beraneka rupa. Kita mendengar. Kita melihat. Kita merasa. Kesemuanya menampakkan perbezaan yang sangat ketara. Tetapi pada saya it was just like yesterday. No change. Then what has changed? Hidup hanya perhentian diantara satu titik ke satu titik yang lain. What it seems the intricacies in everything is not something that intricates at all. It is all in the thoughts. Good thoughts would survive the slaughter of time.Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Menguasai Segala-galaNya. Allahuakbar.

Sunday, December 18, 2011

why?

How come I have lost my sense of what I have done? All seems to be flat and in one place. Never seen and felt yesterday or before. What about after this? How come I don't have an impressive sense of where I have been before? I might be seen as a man of strength and patience. Am I? Hanya kepada Mu Ya Allah hamba memohon petunjuk dalam menuju ke jalan yang lurus.

Saturday, December 17, 2011

it is a silent world...

They, she or he, can be very brave writing in private but not in the presence of others or in public. Being alone and writing SMS has a face of that nature that seems to be all personal, hideous, and in secrets. Again I am talking about the sound of silence and can be a very selfish, small, or can be very big but a dubious world. But transferring that world to the realm of specific skills and making it public is hell broke loose. Silence is good and laudable, but when silence knows not its humble origin, life can be a hell and an overture impious of  so many problems and issues we have never heard and seen before. Culture and social displayed an ego, big and bombast in human relationship. Allah is Great. Despite the big voice and the display of big, grand, and bombast events, down deep in side of everyone is such a small world that yearns for forgiveness and help. It is indeed a silent world that lends no true support in terms of health, personal motivation and psychology. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan segala rahsia ciptaanNya. Allahuakbar.

Friday, December 16, 2011

In silence....

When the device is meant for silence, it is the heart that matters. Hand phone is an example of a device that seems to help but it does not. Why? It is essentially silence in its function and use. When silence is the domain of a device, it can brought out the worst, bad and evil in a person. All this while I have never thought of that. Kepada Allah kita memohon keampunan. Allahuakbar.

Thursday, December 15, 2011

Wide World of thinking and thoughts...

Night time and dreams has become the reason behind all the movements and the energy of the day. It is dimensionally higher than the actual thing that we do in the day. It takes some of the responsibilities of the day. Day is all working and discovering. And night is all relaxation, sleep, and dreaming. We talk, we work, and we make decisions during the day and it is all in the name of goodness of the society. It is all about what the society wants. But the quietness of the night makes us deep in thoughts of needs. Night has become the benchmark of our success.We don't talk so much during the night.We cannot do that during day time. Is it one of the secrets of life and death? A wide world of thoughts yet to be discovered. Allahuakbar.

Wednesday, December 14, 2011

conflicting...

Needs and wants are in conflict with each other. So are dreams and reality and so are in everything with something. What about proucts, place, price, and promotion? Are all the elements in conflict with each other? What about lecturers and students? All of them are trying to find their way out reconciling the impossible. Thus they grow and in the process they reach maturity as in the product life cycle. But life shall continue to be in conflicting with everything. And this morning I am trying to resolve what has been in conflict for ages. It is time to reduce tension on the conflict. Don't be that responsible. They too are growing and moving towards maturity. Time to move away from the norms unconsciously being tightly guarded. Sayonara. Back to where you should belong. Allah menjadikan manusia seperti kain putih. Dalam proses kehidupan kita dicorakkan. Ada yang tidak mampu bertahan dan tercungap di tengah jalan. Kepada Allah melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi kita merujuk bagi panduan balik ke pangkal jalan. Adakah kita menyedarinya? Ya Allah hamba Mu ini memohon keampunan. Allahuakbar.

Tuesday, December 13, 2011

Ketenangan hati dan perasaan..

Welcome to what? Have you ever being welcome to something before.? Then welcome to the real world. Or welcome to the world of fantasies? Yesterday I did say that magic word. After so long, only now they are being thrust to the world of  either crust and trust. What? World of trust? Tell me. Have you ever trust in yourself? Or in anything for that matter? If that is the case, then welcome to world of the rich and the famous. Kekayaan yang dikecapi tetapi tidak kedamaian hati dan perasaan. Why? They never have a full trust in anything despite being rich and the famous. Hanya kepada Allah kita mengucapkan syukur di atas apa yang diberi. Allahuakbar.

Monday, December 12, 2011

that great feeling..

That feeling seems to be with others. Yes. But why not me have that kind of feeling? Greatness and  in all its fakeness? Or there is no such thing as great feeling? Not with anybody, not with anyone, ever. It is just an expression but never meant to be real in all circumstances and scenarios. Hanya Nabi Muhammmad memiliki sifat maksum. ALL TIME AND BEYOND,  ALLAH IS GREAT and IN ALL PERFECTIONS. ALLAHUAKBAR.

Sunday, December 11, 2011

Life...

Life is in me. Life is for me. But then why life is so complicated and confusing to many? They are running a business and what they eventually see is losses. Does that mean that life is not for them? No. Life is in them and life is for them, but with a difference. Business is not in them and business is not for them. So what is in and for them? What is in them are needs. And what is for them are wants. Do they have a discipline and a contemporary technology to produce all those wants?  Can they disciplined needs with their wants and at the same time making money? Or in the first place, do they understand the difference between needs and wants? 

Needs are long term. Wants are short-term. You get what you see or can hold in the hands. But you might not get what you feel. Dreams are the extremes of feeling. Love it or hate it, but it comes to life with a night sleep. Needs are in me. Wants are for me. It is not a one-off thing. It changes. Environment has the ability of dimensional changes. That simple. Sesungguhnya Allah memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya. Allahuakbar.

Saturday, December 10, 2011

keikhlasan...

Ikhlas ke saya? Saya tidak suka malah jarang sekali menuturkan perkataan ikhlas. Tidak terfikir pulak. Mengapa ye? Tersembunyi satu satu hasrat di sebalik satu perbuatan. Adakala dirasai hasrat tersebut? Adakah saya seorang yang ikhlas? Di sinilah saya banyak mengingati Allah Yang Maha Mengetahui akan segala tindak tanduk ciptaan Nya. Tidak terkecuali saya. I took things as it is. Not an inch more. Making me just like another. If not I would feel as an intruder. Are we all intruders? Allah Yang Maha Besar. Tercipta sesuatu kerana ketentuannya adalah Allah. Kun Faya Kun.

Friday, December 9, 2011

of word, action, and a smile..

And it ends in death. And all death is a secret in itself. Just being out from this world to another. And I am writing about it. A word, an action, and a happiness. A word of many words, an action of many actions, and a smile of many smiles, it reflects a big room, a big thought. But there are others, a word of just a few words, an action of just few actions, and a true smile after no smiles before this. It reflects a small room, and a small mind despite a big brain full of potentials. Ya Allah, jadikanlah hamba mu ini dari kalangan yang melihat kebiasaan dan juga kelainan. Allahuakbar.

Thursday, December 8, 2011

As near as yesterday...

That is what today is to me. I don't have a long feel for yesteryears. It is just nearby. I don't have to crack my head in seeing yesterday. Yesterday does not leave a big gap. Others generally do. Ya Allah sesungguhmya Maha Agong dan Maha Berkuasa. Hamba mu ini hanya menyerah.

Wednesday, December 7, 2011

communicative marketing, interactive marketing..

Yes, anything can be a companion to marketing. Can walk side by side and indeed be as a friend. And both is being treated fairly. And both shall feel the joy of life. Today I am going to someone's wedding. It is thus being described as a wedded marketing. Is it not a myopia? Why not? Till another new technology override its impact and contemporary significance. Haha. Such an occasion can create an impact a positive impact to selling and marketing. So have an attitude that could spells profit socially and culturally, here and now. So here I am telling something about marketing. If that can create a segment then it  creates a territory called marketing. Sesungguhnya Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani dan di mana jua kita berada ternampak pintu rezeki sedang terbuka. Allahuakbar.

Monday, December 5, 2011

thrill...

Allah Yang Maha Besar dan Menguasai Segala-galanya. Sekejap saya berada di sini. Sekejap lagi berada di tempat lain pula. Semalam saya berada di bandar Bangi. Dan pagi ini telah berada di rumah depan komputer menulis sesuatu. Kalau di tengok dari sudut ilmu pemasaran, ianya di tafsirkan sebagai `place marketing'. Apa yang terdekat maka itulah `wants and need'. Kalau siapa yang belum tahu `wants and needs' ianya adalah ungkapan keramat bagi memahami ilmu pemasaran. Kalau apa yang dekat secara fizikal dan juga dekat di hati, dan boleh diperolehi,  maka ianya merupakan peluang bagi memasarkan sesuatu. Penulisan adalah aktiviti yang sangat dekat dengan saya. Maka itulah dinamakan sebagai `expressive marketing'. Expression for sale. Haha. Sesungguhnya saya berbanyak syukur ke hadrat Illahi kerana  memberi saya ilmu dalam bidang ini. Lantas saya merasakan kekuasaan Allah dalam memberi hidayah dan petunjuk. Saya memohon keampunan. Allahuakbar.

Saturday, December 3, 2011

walk by my side..

It has been a long time since anybody walk by my side. I am not used to somebody walking with me and by my side. The presence of anybody especially if he or she is alone is not to be seen lightly. It means a lot of things. When somebody is walking by the side of anybody, nobody has to defend nobody. Both are well defended. Both are equal in strength. Both has a fair share of success. Both shall reach the same destination.  Ya Allah adakah hamba Mu ini sentiasa bersama MU dalam semua senerio kehidupan? Allahuakbar.

Friday, December 2, 2011

Choose to live...

It is not my choice, so is not your choice, but one thing for sure you are chose to live. We are chose to see the day and the night. And we can't escape death. Has death been our choice? And I am what I have been chosen for. I must do what I have been chosen for. Have I? Still the hesitancy. Ya Allah Hamba Mu Di cipta untuk Menyembah Mu Ya Allah dan melakukan apa yang di suruh ole Mu Ya Allah. Berilah hamba Mu ini Kekuatan untuk melakukannya. Allahuakbar.

Thursday, December 1, 2011

Thursday, December 1, 2011...6 Muharram 1433H

The connection is all around me. It is now December, 2011. Here, now, still alive and kicking, and..... thinking. Haha what about writing? I could still remember December in Wisconsin, Connecticut, New York and other cities and places in USA. I could still remember my days at Kuantan and at other places 10, 20, 30, 40, 50+ years ago and it is December. December can be very romantic. December can be a lost world and a lost mind. December can be very cold, breezy, and windy as in USA. December can be very rainy as in those days when I was a young boy. And only last year, 2010 December gave me a kind of a new life. I  was just back from performing my hajj. Is is such a wonderful feeling. A very different December indeed. Allahuakbar.

Wednesday, November 30, 2011

1 juta jumlah yang kecil..

Serpihan dari satu satu jumlah sangat subjektif. Satu sen tidak banyak jika digandingkan dengan seringgit. Sejuta jika digandingkan dengan 1 bilion macam mana pula? Begitu juga dengan seguni beras dengan sebiji beras. Lihatlah diri kamu. Apa yang terkejar dan apa yang mengejar? Hari ini tidak ada apa apa jika digandingkan dengan hari esok. What about 20 years from now? Ya Allah Hamba Mu  memohon petunjuk dan hidayah dalam melalui hari ini yang membawa kepada hari esok dan seterusnya kepada tahun tahun yang mendatang. Hanya Allah Yang Berkuasa lagi Mengusasai ke atas Segala-galanya. Allahuakbar.

Tuesday, November 29, 2011

Hanya lintasan..bukan ayat..

Ada lintasan yang menlolak kebaikan. Lumrahnya ada lintasan yang menggambarkan kaitan dengan kehidupan duniawi yang keterlampauan hajatnya. Baik di pagi hari mahu pun di sebelah malam. Lintasan makan dan minum. Marah marah kalau tidak dapat. Ada yang mengugut tanpa tersedar akan akibatnya. Perubahan? Hati telah berlumut dan tersimpul mati. Pemikiran telah dicorak oleh warna gelap dan pekat hitam. Sekali sekala ditembusi cahaya syorga. Lintasan hajat sangat menggerunkan dan menakutkan. Terhunus adalah pisau yang boleh merobek dada. Ya Allah Ya Tuhanku, berilah taufik dan hidayat kepada siapa yang dalam kelam dan gelita. Hanya dengan cahaya Mu jalan dan laluan dunia menjadi jelas dan nyata. Allahuakbar.

Monday, November 28, 2011

only in full sentence..

It is me, only in full sentence. I don't feel comfortable with incomplete sentence because it reflects only a half baked understanding. Life is a process. Only with a complete process of something we shall be rewarded. As such it is uncommon of me to say things with a half heart and a half vigour. It shall be fully understood and a fuller understanding is always in the form of complete sentence. Allah Yang Maha Besar. Sesungguhnya semua perkara yang berlaku adalah dibawah ketentuanMu ya Allah.

Sunday, November 27, 2011

brave enough to...

Yesterday I was tested of guts to fight back on things I don't like. And I consider I won. But culturally, not that many individuals are happy with criticisms. I don't critic for  nothing. It is not baseless. I have my own thoughts well based on knowledge. Ya Allah ampunilah akan segala dosa  yang dilakukan dengan tidak sengaja kerana mungkin kerana kurang ilmu terhadap sesuatu. Allahuakbar.

Saturday, November 26, 2011

Politics..big voice that matters..

Politics always has a way with words and voices. It is an art in itself. It is a way of life to all the presidents and the prime ministers of all countries in this world. In many cases, sounds and words, and big voice that capture the audience not the substance. If I were to sing logic but my voice is not that sweet, nobody listens. But God is Great. It can be in the sound, it can be in the words, it can be in anything so long as the act shall bring unity and peace to ummah. Lest thou shall be punished if you bring havoc. Allahuakbar.

Friday, November 25, 2011

Looking at the big screen but listening to the small voice...

Looking at them and at the same time the small voice is saying something. After reading something, sms or anything, the small voice is telling me something. Does that hold the secrets to life after death? What you see is life. But as to what the impressions are after that be it in thoughts or whatever, it holds the secret to what others tend to do to others. It is just plain nonsense. The answer is not in the big screen but it is in the small individualistic screen of the brain. Is it the mind or the brain shadow of something? It emits something but might not be the real thing. Or is it just a stupid nothing? Think of something, it emits and cast just nothing and holds nothing of significance. For a moment, it is just a shadow a distortion that seems to be very real. Allahuakbar.

Thursday, November 24, 2011

it is just plain nonsense...

All the things said are being ignored. Not a moment I feel that they are serious with what and why they are here. Life is moving forward and carrying something that has been asked by life before it. A fake expression and they lose out to what they are suppose to commit to. I did not say it because I have said it before. Is it just plain nonsense or just playing stupid? Both I guess. Allah Yang Maha Besar. Sekecil sekecil perkara adalah dalam perhitungan pahala dan dosa. I have to do just that. Allahuakbar.

Wednesday, November 23, 2011

Haunted or hunted.?

Which of the three words resemble a life? Being haunted, hunted, or being a hunter? It can be all for a young person. And at one time of a life, it can be just one, I does not matter an old man or a young man for that matter. Life is test. Have I passed that test? And which of the terms resemble a  much me of my life. I want to be a successful hunter. Have I? You can't if there are no preparations for it. Sesunngguhnya kepada Allah saya memohon keampunan. Allahuakbar.

Tuesday, November 22, 2011

serious...

A concept is supposed to be a whole thing. It rounds up the small and the big things that are manageable. But don't  look upon the concept as a very serious thing that can makes a life miserable. A concept is supposedly to be treated as a way of life  that is manageable and at the same time it is a fun thing. Even God has a way with the creations. Allah telah menjadikan siang dan malam untuk difahami. Has not night being the opposite of daylight? But if it is all daylight and no night life then life can be miserable. Allah menjadikan unsur unusr tertentu untuk dinikmati. Sesungguhnya Allah Yang Maha Besar lagi Mengetahui segala rahsia kejadian baik yang di anggap serius atau sebaliknya. Bacalah.

Monday, November 21, 2011

Haji mabrur..

Adakah aku dianugerahkan haji mabrur? Tertanya tanya. Mengapa ditanya sedangkan diri mampu memberi jawapan. Tak kan tidak terasa benda yang baik yang dilakukan selama ini. Sesungguhnya, kebaikan hendak dicari sebilang masa dan peluang yang terbuka. Adakah kita memanfaatkannya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.

Saturday, November 19, 2011

Allah the Greatest..

Allah is the Greatest. Berkuasa dan menentu segala duka dan suka manusia yang dicipta. Juga Kekuasaan mencakup soal kelazatan dan kenikmatan yang dihalalkan. Tetapi mengapa dijadikan yang haram dan ditegah mendekatinya? Adakah paksi sementara yang dicipta menyebabkan perlunya pada pengharaman bagi tujuan terbinanya ummah yang bertenaga dan akan terus membina? Hal sosial dan budaya merupakan dua perkara yang mengekang sedangkan Allah inginkan kebebasan yang membawa kesejahteraan dalam semua aspek kehidupan. Apakah rahsia disebalik kejadian kita? Hanya Allah jua yang kekal dan Maha Mengetahui akan kesemua rahsia kehidupan.

Friday, November 18, 2011

Kehebatan...

Aku takut dengan perkataan kehebatan. Aku takut dengan perkataan kejayaan. Mengapa? Ke semuanya adalah milik Allah. Allah Yang Maha Besar. Apa yang ada pada kita hanya perbuatan, amalan,  yang menggambarkan perkongsian pemprosesan dan membawa kita ke arah satu tempat dan senario kehidupan yang hanya di miliki dan di tentukan oleh Allah Yang Maha Besar lagi Berkuasa Ke atas Segala-galanya. Sesungguhnya, jangan sekali kita mendabek dada dan mendongak ke atas dan mengatakan ini aku punya dan aku berhak dan memiliki nya. Betapa daifnya kita di sisi Allah Yang Menjadikan Segala-galanya. Berdoalah dan banyak mengucapkan rasa kesyukuran. Allahuakbar.

Thursday, November 17, 2011

The impact factor..

The impact of a factor and of something can be so great and a devastation despite the emphasis in its humane aspect in its introduction. Is that what influence is all about? Could be and the social impact has overthrow the righteousness in a living. It spells a bad life and can be a glue sticker and a stigma to all. Sesungguhnya Al-Quran tetap di jaga dan sudah pasti balasan kepada yang tidak betul akan menemui kebuntuan juga akhirnya. Allahuakbar.

Wednesday, November 16, 2011

pintu hati..?

Pintu mana yang terbuka dulu? Pintu hati ke atau pintu akal? Orang tak seberapa, tetapi kerana pintu hati telah terbuka, maka segala-galanya terbuka slepas itu dan membawa ke senario kehidupannya hari ini. Tentu terbiasa dengan ungkapan kata kata itu? Lihatlah, pandanglah, tentu terjumpa dan ternampak dengan wajah yang menepati ungkapan kata-kata tersebut. Saya juga tidak terlepas dari melalui pintu demi pintu tak kira lah pintu apa sifatnya sehinggalah di mana saya berada hari ini. Ya Allah sesungguhnya hanya dengan melalui pintu Mu Ya Allah seseorang itu akan berada di jalan yang benar. Allahuakbar.

Tuesday, November 15, 2011

sebelum....

Sebelum ada lampu elektrik, mereka menghargai sedikit cahaya dalam bentuk lilin, pelita, dan unggun api. Sebelum ada jalanraya dan kereta, mereka menghargai apa jua bentuk laluan dan kenderaan yang membolehkan mereka ke sana walaupun sampainya mungkin memakan masa seminggu atau berhari hari. Sebelum berjumpa internet, mereka menghargai kiriman pos dan penghantar surat yang menghantarnya. Sebelum ada handphone , mereka menghargai telephone dan menganggapnya anugerah kedudukan status sosial yang tidak ternilai pada ketika itu. Itulah kehidupan. Lumrah perjumpaan tidak lagi melambangkan satu keakraban persaudaraan dan mengeratkan silaturahim. Sekarang segala-galanya mudah sehinggakan kesihatan telah dianggap begitu sahaja. Itulah cerita sebelum. Sebelum gagal. Sebelum tua. Sebelum sakit. Sebelum mati. Dan tidak dilupai, sebelum ada blog seperti hari ini. Menulis dan menyampaikan sesuatu tidak sesenang sekarang. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah akan segala dosa yang telah aku lakukan. Hanya kepadaMu hambaMu ini memohon pertolongan.

Monday, November 14, 2011

It is all in the eyes..

Small, unique, beauty. It is just an appreciation that spells understanding next to nothing. But it is well connected to the brain. And it is very functional. To many, eyes are eyes. It does not say anything or convey any meaning. To them it is devoid of facts and figures that can substantiate a person's character.But it does. It does? Just compare eyes of two persons from two nations and the secrets are all in the eyes. It is all there. Is it? Allah Yang Maha Besar Dan Meningkatkan darjat kepada yang berilmu dan berusaha ke arah mencari dan menambah ilmu. Bacalah! Allahuakbar.

Sunday, November 13, 2011

bila percakapan sarat dgn pelawaan, ajakan, dan janji..

Tidak salah kalau apa yang dicakap itu sarat dengan apa yang termampu dilaksanakan. Dan kita mesti ingat, apa apa yang hendak dilakukan itu memerlukan kerjasama, kewangan, dan keiklasan semua orang. Di sinilah perlunya kita memiliki ilmu pengurusan dan kuasa yang sudah terbekal. Tindak tanduk manusia sangat aneh dan pelik dan juga adakala mengejutkan. You said it. But are everybody ready for it? Yang kekal dan Maha Mengetahui adalah Allah Yang Maha Berkuasa Ke Atas Segala-galaNya.

Saturday, November 12, 2011

sense of pairing...

Anything close felt by you? Allah is Great. It is a sense that should be in a person. Life then is none other the bond that divinite the path to heaven. Sesungguhnya zat Allah jangan sangat dipersoalkan. You could have a strong pairing sense with family members. And they are real. But do you ask for it? But could you feel the sense that might bother you sometimes? It is life in action and in direction. That tells that Allah Is Great dan Ketentuan berlaku setiap masa dan ketika. Allahuakbar.

Friday, November 11, 2011

Does not matter anymore...

It defines yourself...but that was before. And now I am gaining my freedom. It does not matter anymore whether I am on time or not..It does not matter what decisions I would be making. You have your sovereignty. It is a kingdom by itself. And all decisions are well judged by what is good to come. Just accept a new scenario of a new life and a new kingdom. And now you are the king. Adakala kita kena berimaginasi dan bermotivasi. Allah is Great.

Thursday, November 10, 2011

in dearest terms...

Seldom do I get an appropriate attention that is dearest in actions and dearest in words. It does not matter which. I am somewhat receptive and touched to both. The slightest act of kindness can make me think of someone. It can be a lasting memory. But surprisingly, opposite to the dearest terms are the harshest of words if I could recall any bad or a slightest hurt that has been showering on me and somewhat undeservedly.  I should be given a proper love and kindness but what has happened are a true jolt to humane and humanity. Allah, the Most Gracious and Merciful, Knows All. I beg forgiveness. Saya memohon keampunan. Allahuakbar.

Wednesday, November 9, 2011

Kering kontang..

Gendang kosong dan banyak lagi istilah yang menggambarkan seseorang itu bergerak dan berkata, atau mengugut tetapi `devoid of evidence' atau `lack of substance'. Meaning it cannot be substantiated. Juga janganlah sekali kita takut kepada bayang bayang. Hendak taknak,  bayang tetap mengekori kita dan terimalah sebagai sebahagian dari anggota kita. Ianya tidak merbahaya. Tetapi itulah, kalau dah takut maka pokok kelapa disangka orang. Saya sentiasa berdoa kepada Allah Yang Maha Besar agar memberi saya kekuatan kepada apa yang saya buat bersesuaian dengan suruhanMu Ya Allah. Allahuakbar.

Tuesday, November 8, 2011

Islam dan kitaran aktiviti...

Sememangnya sudah tersedia bagi orang Islam apa yang patut dibuat dan menjadi fokus kepada yang telah diberi roh dan dihidupakan di muka bumi ini. Al-Quran dan Sunnah merupakan dua peningggalan bagi orang Islam untuk dikupas dikaji dan dilaksanakan yang mana hasratnya tidak lain dan tidak bukan adalah kesejahteraan umat sejagat. Tetapi dunia telah memilih agenda aktiviti yang tersimpang dari landasan kitaran yang disebut tadi. Natijahnya kita melihat huru hura dan pergeseran besar dan kecil antara penduduk penduduk dunia. Allahuakbar.

Monday, November 7, 2011

kesempurnaan..

Mencari kesempurnaan. Ada yang meluahkan dengan kata-kata. Ada yang meluahkan dengan cerita. Ada yang meluahkan dengan cara yang begitu halus. Ada dengan cara mata memandang. Dan ada yang sangat ketara iaitu dengan jawatan dan kedudukan yang diperolehi di dunia. Dan bagaimana dengan kesempurnaan saya sendiri? Kesempurnaan Yang Sebenarnya hanya di Miliki oeh Allah. Allah menjadikan manusia dengan ada akhirnya. Hanya Allah sahaja yang kekal.  Allahuakbar.

Sunday, November 6, 2011

overdose...

Tidak mungkin terlihat dari sudut sendiri tetapi ternampak dalam konteks kerapnya sesuatu itu di pamerkan dan diperkatakan. Sesungguhnya kehidupan sudah berada di tahap yang sungguh jauh dari kebenaran dan budaya ikutan adalah lumrah dan membazirkan. Walaupun pada mulanya sedikit, sampah mencari sampah yang lain. Dan ciri sampah adalah merosakkan yang baik dan yang bertujuan. Allah Yang Maha Besar. Mohonlah  supaya diri kita tidak dalam kesesatan. Allahuakbar.

Selamat Hari Raya Korban.

Saturday, November 5, 2011

words + deeds =

All over, everywhere, we hear good words and good advice, but little of good deeds. Words versus deeds. I am somewhat dazed with the calculation pertaining to how much words and how much deeds i have executed in order to make the world a happy place to live in. WORDS + DEEDS = ?. Sesungguhnya Allah akan mengihutung kebaikan yang dilakukan dan kemungkaran yang ada pada diri seseorang walaupun sebesar zahra. Allahuakbar.

Friday, November 4, 2011

Teringat hari nak ke Arafah..

Keseluruhan rasa hari nak ke Arafah adalah persoalan, persoalan, persoalan..Ramai jemaah Malaysia yang menginap di Aber Garden Hotel, lebih kurang tiga ratus,  hairannya, tidak ramai yang boleh mengterperincikan cara, corak, dan ciri perjalanan hendak ke sana dalam kata kata seorang pengembara. Puncak haji adalah ukuf di Arafah. Ia juga puncak kepada segala gala dan kerana ianya mencakup persoalan kelahiran, perjalanan, dan kehidupan seseorang di muka bumi ini. Agaknya itulah sebab pemergian ke Arafah merupakan hari yang sungguh mendebarkan dan ada juga yang takut dengan pemergian itu. Apa tidaknya, disitulah jemaah akan diduga dengan keterbukaan atau ketertutupan. Bagi saya, peristiwa di Arafah, merupakan peristiwa proses keterbukaan yang tidak ada tolok tandingnya dengan apa yang saya lalui dalam kehidupan saya sebelum itu. Apa yang boleh diungkapkan ketika itu adalah Allahuakbar. Allah Yang Maha Besar.

Thursday, November 3, 2011

sesenang itu...

Sesenang itu saya menyampaikan sesuatu topik. Sesenang itu saya menulis dan membicara sesuatu. Tetapi tidak sesenang itu saya dapat memahami apa yang tercetus hasil apa yang dicakap, ditulis, dan di smskan itu. Inilah masanya saya menyingkap akan perkara perkara tertentu bagi tujuan mendalami apa sebebnarnya yang berlaku.Sebenarnya ditahap mana ilmu saya berada apabila saya membicarakan sesuatu? Kefahaman ada dua tahap. Satu, saya mesti memahami tahap saya sebagai penyampai. Dan kedua, saya juga mesti memahami tahap mana yang dimiliki oleh pendengar atau yang menjadi sasaran komunikasi saya itu. Elemen elemen yang tidak disedari ujudnya dalam suasana komunikasi memungkinkan kefahaman akan tidak berlaku. Ya Allah. Berikanlah hamba mu ini tahap kefahaman yang membolehkan ilmu yang sebenarnya tersampai. Allahuakbar.

Wednesday, November 2, 2011

old, orthodox, conventional..

Instead of using the word circle, I am using the word round about. Sounds old, right? I am an old man but not a moment  feel one. Wonder why. A circle of thoughts, and a circle of knowledge. It gets bigger, right? A round about of knowledge, and a round about of knowledge. See the difference? Nothing old, nothing orthodox, and nothing conventional. Is it just a matter of thought or just a matter of attitude? It is normal for an old man to have an attitude. Right? And it is normal for a young man to have thought. And this morning I email a greeting to a young woman, just for the sake of something I don't know. Meaning I can't comprehend why I did that. Is it  normal? Has it to do with thought, attitude, or knowledge? Cannnot say just as yet. Kepada Allah saya memohon keampunan. Allahuakbar.

Tuesday, November 1, 2011

ringan dan berat...

Orang yang diseliputi kejahatan pemikirannya akan merasai dirinya berat dan pengeluaran kata kata dan perbuatan adalah cetusan beratnya. Sangat berhati hati dan sangat merbahaya. Tidak boleh silap cakap. Kalau kata kata itu terkeluar kepada orang berat juga, maka berlakulah perang dunia ketiga kerana berat dengan berat adalah jodoh perkelahian dan pertengkaran. Adapun yang berat dan yang ringan tidak merupakan jodoh yang berpanjangan.


Lantas disebalik yang berat adalah orang yang ringan dalam segalanya. Walaupun nampak berat pada zahirnya, memikul tanggungjawab yang besar, dia tidak terasa itu semua. Malah dia tidak suka kepada kejahatan dan dengan mudah dan dengan senang dan ringanya melarikan diri dari perkara perkara yang ada unsur kejahatan.Orang jahat sangat sukar berbuat itu semua. Kepada  orang yang berat sentiasa memperkatakan sesuatu itu sebagai cabaran. Kepada orang mudah dan ringan sifatnya akan menerima apa jua kerana roh yang ringan yang ada pada dirinya. Malah dia nampak dan sedar kejahatan yang cuba mempengaruhinya agar turut serta dalam peperangannya.Yang berat tidak mengetahui ini semua.


Tafsiran kata kata dan perbuatan bagi kedua dua kategori orang ini tidak sama. Yang ringan tidak mudah melatah dan masuk perangkap orang jahat dan berat ini. Oleh kerana dia berat dia sendirinya telah merupakan perangkap semula jadi agar orang terpijak dan masuk perangkapnya. Orang ringan dan baik hati tidak sebenarnya berpijak dalam keadaan pijaknya berat. Ringannya seseorang itu membeli sesuatu yang mahal kerana dia ringan dengan tujuan dan hasrat yang ikhlas yang mungkin ada pada barang itu. Yang menjual dan sedang memasang perangkap  dengan kata kata dan perbuatan yang menampakkan berat dan kejahatannya. Yang jahat menyangka dia menang kerana pembeli sudah masuk perangkapnya. Tidak sama sekali! Pembeli adalah seorang yang mudah, ringan, kerana dia membawa keikhlasan dalam pembeliannya. Siapa yang mencabar dan tercabar di sini?


Allah Yang Maha Besar akan memberi ilmu kepada hambaNYa yang berhajat kepada kategori ringan tadi dan melindunginya dari terpijak kepada perangkap yang masih degil dengan cara hidup yang sentiasa memerangkap. Allahu Akbar.

Monday, October 31, 2011

Putus saf..


Putus saf. Teringat saya ketika menunaikan haji tahun lepas 1431 perkara ini telah menjadi satu perkara `yang berbulu' kepada jemaah lelaki yang menunaikan sembahyang di Masjidil Haram. Tidak sangat di Masjid Nabawi, Medina.Pustus saf di Masjidil Haram agak tidak terkawal kerana jutaan manusia berada menunaikan sembahyang pada setiap waktu. Tidak hairanlah jika jemaah lelaki memarahi suami isteri atau jemaah perempuan dihadapannya yang bersembahyang di saf didepanya dan menyebabkan berlakunya pustus saf ini Saya tidak terkecuali dari  perkara ini.


Tetapi bukan `putus saf' dalam konteks sembahyang berjemaah saya hendak sampaikan di sini. Apa yang saya perhatikan, dalam kehidupan kita sendiri telah banyaknya berlaku `putus saf' ini. Adakah kekaraban persahabatan dua orang akan terputus hanya kerana seorang dari mereka telah memungkiri janji atau telah melakukan penipuan? Adakah tergugatnya kesihatan dan kehidupan jika kita mengubah ajaran Allah kepada ikutan lumrah masyarakat `at large' yang memudaratkan? Allah Yang Maha Besar, Kebenaran segala-galanya adalah Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad. Adakah kita masih menyoalkan lagi kebenarannya? Allahu Akbar.

Sunday, October 30, 2011

masih mencari..

Dulu saya benar benar benar serious apabila perkataan mencari disebut. Tetapi tidak lagi hari ini. Mengapa? Adakah umur di tahap saya ini telah berjumpa dengan apa yang dicari? Atau saya sudah berada di alam di mana saya telah pun berjumpa dengan apa yang hendak dicari dan jika ada yang masih tercari saya memohon kepada Allah Yang Maha Besar akan jawapannya. Jika tidak juga, saya redha akan segala KetentuanNYa dari mula hingga akhir kehidupan.

Saturday, October 29, 2011

Apakah yang menarik..?

Tertarik dan menarik memberi banyak pengertian. Saya tertarik mendengar cerita dia kerana dia menceritakan hal bandar Temerloh. Menarik kita untuk membeli...Apa yang sebenarnya menarik dan menyebabkan kita terpukau dan lantas membeli barang itu...Kerapian kejadian manusia dari mula hingga akhir telah menarik ramai yang memeluk agama Islam.Apa tidaknya, kita dijadiakan untuk sesuatu tujuan. Dalam sedar dan tidak, berilmu dan tidak, Allah Yang Maha Besar Yang Berkuasa Keatas Segala PenentuanNya.

Friday, October 28, 2011

sangat senang mengeluarkan kata-kata..

Agak pelik dengan perlakuan yang menggambarkan tidak konsisten atau tiada istiqamah dalam kata kata dan sekali gus menggambarkan tahap lapisan ilmu seseorang dalam dua perkara. Satu, dalam memahami apa yang terjadi, dan kedua, penentuan semangat komitmen sama ada mementingkan diri sendiri atau sebaliknya.Bermula dengan kata kata baik tetapi akhirnya kata kata telah terputar dan diputar dan sekali gus menjadi mangsa kepada label yang bukan-bukan hanya kerana tidak memenuhi apa yang dipinta dan dituntut. Saya pun ada mengalami dimana menyerah kepada perlakuan yang menampakkan sangat ketandusan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh seseorang bagi perhubungan yang sihat, ukuwah, dan bersilaturrahim.

Kalau dilihat dari sudut muda dan tua, orang tua lebih terjaga dari marah dan mengatakan sesuatu yang bukan bukan. Orang muda pula agak bebas dan tidak terjaga dari emosi yang boleh meretakkan perhubungan. Lampu suluh yang mereka gunakan hanya untuk panduan diri sendiri sahaja. Sedangkan lampu suluh yang digunakan oleh orang tua akan menerangi perjalanan orang lain juga. Sesungguhnya uijian besar ciptaan manusia adalah untuk kebaikan dan jauhkan diri dari kejahatan. Allahu Akbar.

Thursday, October 27, 2011

tercuit rasa kebesaran..

Seketika saya dicuit rasa kebesaran. Tidaklah melekap yang boleh menyebabkan riak, sombong, dan bongkak. Sekadar merasai betapa hebatnya kita jika apa yang kita lakukan hanya mengharapkan keredhaan Allah Subanawataala. Tetapi ada yang tercuit rasa kebesaran dan melekap secara permanent. Ini menyebabkan mereka lupa bahawa apa yang patut di ukur adalah kebolehan. Ujian kebesaran adalah berterusan bergantung kepada istiqamah terhadap kebolehan yang diserapkan kedalam amalan dan kehidupan. Jika dilihat dari apa yang kerap berlaku, manusia sangat cenderung kepada majlis yang bercorak kebesaran dan mengenelamkan aspek kebolehan yang sangat diperlukan oleh ummah. Saya hanya sekali sekala terasa tercuit oleh rasa kebesaran itu. Syukur Alhamdullilah saya masih lagi tidak tercemar. Kepada Allah saya memohon keampunan.

Wednesday, October 26, 2011

kebesaran...

Lagi pengertian tentang istilah `kebesaran'. Semalam aku di hambat oleh perkara perkara yang ada kaitan dengan `kebesaran' yang menidakkan `kebolehan'. Kalau dulu aku marah marah dengan `kebesaran' seseorang kalau ianya tidak dikaitkan dengan `kebolehan' tetapi `kebesaran' rupanya boleh dikaitakan hanya dengan `lintasan' hati yang terasa tanpa mengungkapkannya. Banyak keadaan yang menampakkan cubaan menutup lintasan hati yang membenarkan sesuatu. Tetapi aspek sosial dan budaya telah mengatasi `kebesaran' yang ada pada lintasan hati walhal lintasan hati itu adalah merupakan hak kebesaran yang sebenarnya. Walahualam. Allah Yang Maha Besar saya memohon keampunan.

Monday, October 24, 2011

Tidak berdua kan?

Bahang bahang keputusan yang dibuat telah mulai dirasai oleh saya seorang. Orang lain hanya merasai keseronokan hasil dari keputusan saya untuk membeli barang tersebut. Jadi mana dia orang kata hidup ini berdua? Tidak berduakan? Jadi hati hatilah apabila membuat keputusan. Panjangkan keresahan kepada Allah Yang Maha Berkuasa ke atas Segala-galanya.

Sunday, October 23, 2011

wisdom..

Kepada manusia biasa, kita sepatutnya berusaha untuk melakukan dan meluahkan kata kata yang terbaik untuk diikuti oleh orang lain. Istilah yang tepat adalah, kita mesti bijak melakukan sesuatu agar ianya membuahkan hasil dan menguntungkan ramai. Begitu juga dengan tutur kata kata yang menampakkan perpaduan dan kasih sayang sesama manusia. Dengan erti kata lain, tidak ada yang lebih afdal melainkan mengikut apa yang diturunkan oleh Allah dalam bentuk Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad untuk dijadikan teladan dan contoh yang terbaik bagi umat ciptaan Allah.

Saturday, October 22, 2011

tidak berdua...

Tidak berdua. Tetapi itulah hakikatnya, manusia tidak pernah berdua. Dalam soal beli, manusia tidak pernah berdua dalam hasrat dan tujuannya. Dalam apa jua keadaan pun, saya tidak pernah berdua. Nampaknya  mungkin berdua, tetapi hakikatnya dari mula kita ke dunia hinggalah saat saat kematian, manusia akan bersendirian. Itulah merupakan prinsip unggul yang dilupai dan tidak dimengerti. Kepada Allah aku berserah memohon keampunan.

Friday, October 21, 2011

Next to life...


To Gadafi, it is death. Next to life to an old man is only death. That is the kind of spirit in an old man as opposed to a young man whose life and next to it is none other life itself. To a young man, it could be a house, it could be a big car, or just could be anything other than death. But Gadafi has only a taste of it only after 42 years of being the President of Libya. Allah Yang Maha Besar Yang memarahi kekejaman yang menampakkan kekuasaan manusia mengatasi Kekuasaan Allah Subahanawataala. Allahuakbar.

Thursday, October 20, 2011

Nothing is dormant..

We might stand still, but that does not mean we are lifeless. In our quiet way, everything is in its active form. Dormant? Not a bit. An iron rod lying still on the ground would found itself decayed to ashes. Allah Yang Maha Besar Yang Menyimpan Segala Rahsia Kejadian Yang Dicipta.

Wednesday, October 19, 2011

A lesson...

I have been taught a lesson. I have been taught a very valuable lesson. What is it? It is a lesson in opportunity. Between you and they, it boils down to a situation where everybody is all alone in whatever capacity they are in. As such comes the word opportunity. As such comes the word `challenge'. A snake strikes at its victim because a snake is by nature it is either strike or die. It is no challenge to the snake because it is their nature. Being created that way. It is no different with human beings but with a difference. Apa dia? Kita di cipta untuk berilmu dan mendapat sesuatu. Kita diharamkan merosak jika hendak sesuatu itu walaupun peluang itu jelas. Allah Yang Maha Besar telah menghalalkan dan mengharamkan sesuatu untuk difahami. Mohonlah perlindungan dari Allah dari apa yang ditegah.

Tuesday, October 18, 2011

Allah Maha Mendengar...

Allah Yang Maha Mendengar. Tidak ada pecahan masa  dan siapa pun yang terkecuali. Rintihan hati dan membawa kepada ketermenungan tetapi sayangnya tidak menggusarkan mata memandang apatah lagi yang terdekat. Tatkala itu tadahlah tangan kamu mengingati Allah dan memohonlah agar disegerakan penyelesaian kepada masaalah yang menimpa. Tidak kiralah kecil atau besar masalah itu. Pokoknya kamu telah menyerah kepada Allah Yang Maha Esa dan menolak perkara perkara yang menyekutukan Allah. Sesungguh Allah Maha Mendengar lagi Melihat akan apa yang dirasa oleh hambaNya.

Monday, October 17, 2011

It adds..so what?

Just watch a program on TV from beginnning to finish. One thing from the other. It adds. The whole is equal to the parts. It is a macro story. Meant to be shared. Meant to be a lesson, a lesson of social and cultural value. Can be an idea, a concept, a philosophy, or an ideology. But what about one's dream as in a dream after going to sleep? Does it adds? Strictly a micro event. It is an embarrasing if I were to tell you what I have dreamt. Allah menjadikan ciptaanNya dengan mimpinya sekali. Adakah kita masih lagi tidak berfikir? Allahuakbar.

Sunday, October 16, 2011

what is in store for tomorrow..

Nothing can be said of today. But much can be anticipated of tomorrow.World is wide. The element of days and the minute of things and everything are different to different individuals. Everybody is being set to climb to somewhere. What and where and with with whom? But we are only meant for today.. We hope for tomorrow and the goodness in feeling for tomorrow. We want a rendezvous with happy time and a scenario of a peaceful mind and a peaceful days. But days accumulate. So are with what can be seen and the unseen. Are we getting better? Are we better off? Some are sucked into the darkness of a mind dungeon thicker and darker than the dark of a night. Some are being dragged out from pain and sufferings, for now, today. What about tomorrow? Am I being spared from those dark days? Despite that I am still hoping for more lights in tomorrow. What about today? Saya bermohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar.

Saturday, October 15, 2011

Gedong ilmu yang tidak pernah berkunci..??

Kunci rumah..kita ingat menguncinya...Malah kita adakala menggila dan meliar dalam mencari kunci rumah yang paling canggih.Tetapi adakala kita tidak berupaya mengunci diri kita sendiri. Kerana apa? Lumrah kehidupan. Hati ini tidak pernah berkunci. Nilai mengunci hati tidak merupaka nilai yang diturunkan kepada saya sejak kecil lagi. Lantas ruang dan peluang bagi mereka yang suka memanipulasi orang lain terbuka luas. Saya tidak terkecuali. Pengalaman hidup banyak berkisar dalam soal kunci dan mengunci diri sendiri. Contoh yang terdekat, adakah kamu cepat menjawab panggilan atau sms dari orang yang baru dkenal atau tidak dikenal pun? 20 Julai tarikh perjumpaan tersebut. Dan hari ini 15 October. Baru tiga bulan masanya. Dia ada pengalaman dalam soal menjerat dan memerangkap.  Dia menyedarinya bahawa saya tidak pandai mengunci diri. Dia bertindak cepat. Masa adalah musuhnya. Dia mengetahui dan memahaminya kerana minda nya sudah belajar reward dari sudut minda yang terlatih dan terpesong itu. Politik, sosial, budaya, kita sudah terlatih. Dan ramai yang sudah terpesong. Cukuplah dengan`supply' yang tidak disengajakan. Syukurlah saya cepat sedar. Allah Yang Maha Besar.

Friday, October 14, 2011

words are no help..

There are instances words and writings do not help. It might worsen the situation. What more the platform are selfishness and a derailed mind and skewed mind-set. A mind could be very primitive despite the intelligence in all the technolgies found today. So beware of a derailed mind that seeks different things to serve as an ammunition aginst others. Sometimes it helps by just being quite and say nothing. I seek Allah's pardon and forgiveness.

Thursday, October 13, 2011

Cermin...

Di ibaratkan saya tinggal di alam di mana saya sangat bersendirian dalam segala-galanya. Tidak ada orang lain menjengah saya. Orang lain tidak tahu di mana adanya saya. Jika saya berkata kata, reaksi mereka menggambarkan mereka masih lagi menggila dan meliar di tahap kehidupan mereka di dalam dunia ini. Mereka hanya melihat satu cerminan hidup iaitu cermin yang dimiliki oleh mereka sahaja. Cermin itu hanya menampakkan kehidupan mereka sendiri sahaja. Hidup saya, alam saya, tidak bercermin lagi. Saya tidak bercermin lagi. Apa yang saya nampak adalah manusia lain sedang sibuk melihat diri mereka dalam cermin. Mereka sedang menggila dan meliar dalam konteks cermin mereka sendiri sahaja. Rukun Haji mengajar manusia supaya membuang cermin itu supaya kehidupan ini dilihat dari sudut yang berbeza. Allah Hu Akbar.

Wednesday, October 12, 2011

jahil dan jahat...

Unsur jahil dan unsur kebesaran adalah merupakan unsur unsur yang menjadi tema fikir saya sejak minggu lepas lagi. Tidak pernah saya menimbulkan unsur `kebesaran' apabila berinteraksi dengannya. Sebaliknya dialah yang mengzahirkan unsur jahiliah dalam proses berinteraksi tersebut. Orang jahil lazimnya tidak memahami hak hak yang dimiliki oleh orang lain. Mereka ini main redah sahaja tanpa memikirkan `consequences' nya. Mereka redah saja demi kepentingan mereka sendiri. Baru semalam dia menampakkan unsur tersebut dan ini bukan sahaja menyusahkan dirinya tetapi mengheret orang lain ke dalam masalah disebabkan kejahiliah nya..Allah telah menurunkan Islam kepada kelompok di Mekah yang mana amalan mereka adalah amalan jahiliah. Lantas Islam berkembang ke seluruh pelusok dunia selepas datang nya Islam di bumi Mekah. Sudah pasti Islam mengajar kita perkara yang baik baik. Allah Yang Maha Besar. Tidak mengira siapa, bila, di mana, dan mengapa, bermohonlah supaya kesedaran Islam akan menguasai diri kita 100 peratus. Boleh tak? Bermohonlah kepada Allah Yang Maha Besar, Maha Penyayang dan Mengasihani.

Tuesday, October 11, 2011

Adakah kebolehan itu kebesaran..?

Yang mana satu didahului dan diutamakan? Kebesaran Allah wajib didahului dan diutamakan. Allah Yang Maha Besar yang menentukan kebolehan setiap kelompok dan individu itu. Tetapi tidak mestinya kebolehan mengambil alih kebesaran yang hanya dimiliki oleh Allah. Kebolehan tidak boleh berpindah kepada kebesaran. Lumrahnya itulah yang lazim menlanda kehidupan manusia. Kebolehan merupakan satu anugerah dan tujuannya menolong yang lain. Tetapi kebesaran pula yang didendangkan menyebabkan kehidupan telah mendahului dan mengutamakan benda yang boleh memecahkan dan meminggirkan yang berhak kepada sesuatu. Lantas manusia dihukum kerana melupai Yang Maha Besar lagi Maha Mengasihi...

Monday, October 10, 2011

tumpul dan tajam..

Adakah keselesaan keterlampauan menyebabkan kita telah mengalami ketumpulan dalam beberapa perkara yang boleh menentukan keimanan dan kemakmuran rakyat keseluruhannya? Adakah kita telah hilang sifat `competitiveness' yang sepatutnya  ada? Tetapi sifat competitiveness yang bagaimana yang dikehendaki oleh Allah Subhanawataala? Banyak perkara yang menyebabkan kita akan lebih competitive. Kerana kita mengalami perasaan takut maka kita akan berusaha mendapat ilmu dan ini menyebabkan kita akan lebih berjaya. Itu namanya sifat competitive yang sebenarnya. Sifat manusia dalam kehidupan lebih menjurus kepada diri dan dalam proses kita akan jadi lebih kuat. Bila kita berusaha mengenal diri, kita akan berjumpa Pencipta kita. Kita akan jadi lebih penyayang dan lebih mengasihi orang lain yang ditimpa malang. Kita menolong dia dengan harapan dalam proses itu dia akan berjumpa dengan pencipta yang sebenarnya. Semoga ramai ramai kita berusaha ke arah itu dan ramai ramai kita akan lebih kompetitif. Tajamilah pemikiran. Berdoalah  dan memohon kepada Allah Yang Maha Besar.

Sunday, October 9, 2011

Kebesaran..

Setiap orang ingin kepada kebesaran. Setiap orang menyimpan keinginan tersebut. Ada yang sudahpun memiliki kebesaran tetapi sayang ada yang telah mengenepikan Kebesaran yang Sebenarnya. Adakah perbuatan dan amalan mengenepikan Kebesaran Yang Sebenarnya disifatkan atau dikategorikan sebagai kurafat? Lihatlah, dalam tidak sedar, ada yang menjadikan sesuatu itu `mercu tanda kebesaran mereka'. Dan dengan kebesaran yang tak seberapa itu mereka telah berusaha `mendaulatkan' diri mereka sendiri dan mengenepikan hak orang lain dalam struktur ciptaan Allah Subhanawataala. Sedarlah, Allah telah  mencipta ciptaanNya untuk menyembah dan mengikut suruhanNya. Dengan sombongnya ada yang telah berpaling kepada kebesaran yang sementara dan melupai bahawa Allah Yang Maha Besar lagi Menguasai Ke atas Segala-galanya. Hamba memohon keampunan.

Saturday, October 8, 2011

Selaput ilmu...

Selaput ilmu? Segala-galanya adalah selaput yang senang menyelaput dan juga senang dibuang. Ilmu merupakan ciri ciri begitu. Pokoknya kita mesti rajin dan melakukannya dengan penuh kesabaran. Hasilnya sangat memberi kepuasan..Memohonlah kepada Allah Yang Maha Besar ke atas hari hari di alamraya ini baik malam atau siang dan segala-gala yang bernyawa dan yang tidak.Jengoklah akan apa yang dilakukan dan soalkan diri akan apa yang dipertanggungjawabkan.

Friday, October 7, 2011

Menghukum...

Adakah saya merupakan seorang mangsa? Mengapa tidak mempercayainya dengan hanya pendengaran dan penglihatan yang pertama? Most are real you know. It is true to the bones, the blood, and the heart, and the mind for that matter. Just like what you see on TV. With only the first scene, they are dead serious that leads to another and another till to the final episode. With only an event , it spells deadly  intentions and  life can be cruelities or goodness everywhere. Despite that, mengapa susah sangat menghukum? Bukan tidak suka menghukum. Sesungguhnya Allah telah menolong saya dalam keadaan yang mana mata dan hati telah pun dengan jelasnya boleh menghukum. Tetapi mengapa ianya tidak terjadi? Sesungguhnya Allah lebih berkuasa dari mata yang melihat dan telinga yang mendengar dan minda yang berfikir. Allahuakbar.

Thursday, October 6, 2011

Keusangan...

Amalan solat atau sembahyang tidak pernah melintasi garis keusangan. Tidak ada keusangan terhadap suruhan Allah.Tidak ada keusangan dalam amalan menyembah Allah. Allah mencipta masa dan unsur unsur keusangan adalah merupakan selaput yang sepatutnya tidak sukar difahami. Tetapi tidak begitu. Kenapa? Setiap ciptaan Allah akan melalui dan akan merentasi waktu puncak menuju masa keusangannya. Tidak ada apa yang kekal.Semalam saya bercakap pasal `product life cycle' atau perkara berkaitan kitaran hayat barangan dan perkhidmatan. Fahamkah saudara? Versi usang ada berbagai jika dilihat dari sudut PLC. Sedikit anjakan pada ejaan jenama akan mengakibatkan keusangan yang sangat ketara walau isi  asas barangan dan perkhidmatan itu tidak berubah. Itu perniagaan. Itu juga lumrah kehidupan. Tetapi bagi Allah  tidak ada keusangan bagi mereka yang melakukan kebaikan. Keusangan berlaku jika hati kita mulai diselaputi oleh benda yang liar, sukar di kupas, ia kaku, ia beku, dan akhirnya merosakkan isi manis yang berada di dalam. Kenalilah Allah dan kefahaman akan bersama yang dicipta. Usahalah bagi merasai kemanisan Iman.

Wednesday, October 5, 2011

It flattens...

The moment of truth has come. The days flattened by itself. That is what and how I see it and describe it. In business they called it the decline stage as seen in the context of product life cycle. In a story book they called it the final episode. What about my self and my life? Golf seem to take a back seat now. Has everything begins to take a back seat? Allah Yang Maha Berkuasa tidak ada mula dan tidak ada akhirnya. Tidak ada rasa keusangan dalam mengingati Allah. Allahuakbar.

Tuesday, October 4, 2011

apa yang di bayangkan..?

Sudah sekian lama saya bayangkan apa yang akan terjadi pada hari ini. Adakah hari ini saya dan apa apa mengenai diri saya adalah hasil dari apa yang dibayangkan semenjak saya kecil lagi? Di segi apa? Saya bayang ini, saya bayangkan itu, saya bayangkan kejadian ini, saya bayangkan kejadian itu, saya bayangkan situ, saya bayangkan sana, dan saya apa yang saya bayangkan selama ini. So are they. Do I have a choice? Do they?Ada dengan sombong nya mengatakan `dia tak hairan lagi ' atau `I have nothing to lose' atau `apa yang dia hendak lagi?' kerana bayang yang selama ini dia takut, telah bertukar tempat. Sekarang orang lain yang takutkan bayang dia..dia tidak mengejar bayang lagi..Segala-gala telah menjadi kenyataan. Allahuakbar. Kepada Mu Ya Allah saya memohon Keampunan dan Keredhaan di atas apa yang berlaku.

Monday, October 3, 2011

Ghostly..

`Turns ghostly'. It frightens me for a while but after some time I was made to feel that I was befriend and the fear is gone. Despite that effort to befriended, three months are too short a period for two persons to be understood. I must be conscious of the fact that she is still a ghost. And what about that two hours session with my students? Are they very much 'ghostly', in that matter? Not with UiTM, but what about with them? Despite that one semester with them, that`ghostly' in the relationship is very much the order of the day. Don't understand them. Allah Yang Maha Besar Yang Mengenal CiptaanNya sebelum kita tercipta lagi..

Sunday, October 2, 2011

terukir kejayaan yang tersendiri...

Lihatlah! I am a product of my own dreams. Orang lain juga tidak terkecuali. Mereka telah menjadi orang `bergelar' kerana itulah yang mereka idamkan dari kecil lagi. Betulkah? Allah Yang Maha Besar, mendengar seseorang dalam konteks apa yang mereka impikan dan apa yang didoakan. Jadi jangan sekali merasa bahawa dia lebih baik daripada saya kerana setiap orang adalah hasilan mimpi yang telah menjadi kenyataan. Semalam saya menghdiri majlis perkahwinan. Melihat segala-galanya adalah simple bagi saya kerana saya telah pun melalui suasana itu. Dan pengantin dan mempelai tersenyum riang di atas pelamin, di sana sini, bila kesana dan kemari. Kenapa? Kerana masing masing adalah `products of their individual dreams and now becoming a reality'. Allah telah menrealisasikan doa mereka. Ianya sudah menjadi kenyataan! Allah Yang Maha Berkuasa Ke atas Segala-galaNya.

Saturday, October 1, 2011

In simplicities and complexities..

Is death a complex event? Don't know until you are the person who is going to die. In the same breadth, is driving a car difficult? So all in all, the eyes can see something complex and at the same time it sees simplicities. So sharing something can be both simple and difficult. For example in the course of my career as a lecturer I share a room with students enrolling in my course. I see simplicities and at the same they see the course as complex. So I must behave accordingly, meaning trying to make things simple. Allah juga melihat simplicities dalam kasih dan sayang kerana permulaan surah Al-Fatihah adalah Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Sebagai manusia ciptaan Allah mengapa kita tidak selalu begitu kepada semua orang? Adakah kita melihat kehidupan dalam konteks kemiskinan dan kekayaan? Kepada orang kaya, kekayaan itu simple kerana mereka telah berada dalam suasana itu. Tetapi kepada orang miskin, kekakyaan itu adalah satu benda yang kompleks. Adakah kedua dua golongan ini tidak boleh berkongsi bilik bagi tujuan yang sama? Allahuakbar.

Friday, September 30, 2011

Ibadah Haji 1432...

Kuota bagi rakyat Malaysia untuk menunaikan haji kali ini dinaikan kepada 28,000 orang. Penerbangan pertama berlepas ke tanah suci adalah pada 28 September 2011 dengan jemaah haji seramai 442 orang. Teringat saya kepada penerbangan KT24 iaitu penerbangan jemaah haji tahun lepas yang mana antaranya adalah saya dan isteri. Kami berlepas pada pukul 3 pagi dari KLIA dan tiba di Medina sekitar 8 pagi waktu Arab Saudi. Hari pertama di Medina dan ke Masjid Nabawi sungguh meninggalkan kesan yang tidak dapat dituliskan sehingga ke hari ini. Pesoalan utama yang bermain di kepala pada ketika itu adalah, apa yang menanti saya dan isteri di bumi Medina dan Mekah dan apabila menatap Kaabah buat pertama kalinya. Allah Yang Maha Besar. Saya telah dengan selamatnya menunaikan rukun haji Yang Ke-5. Syukur saya kehadrat Allah Subhanawataala yang telah memudahkan pemergian saya dan isteri pada musim 1431.Tetapi apa sebenarnya yang saya perolehi apabila saya berada di sana selama 46 hari? Dalam suasana haji 1432 sudah pasti mengingatkan kembali apa yang saya telah dirasakan apabila saya berada di sana. Tema yang tepat bagi menceritakan kembali adalah `penantian yang menanti'. Allah Yang Maha Besar. InsyaAllah, saya akan cuba menyingkap kembali selama masa saya dan isteri berada di sana pada musim haji tahun 1431. InsyaAllah.

Thursday, September 29, 2011

Tiba-tiba segalanya berdiri menegak sebagaimana fitrah...

Itulah kuasa ilmu yang sebenarnya. Tiba-tiba segala-galanya berdiri menegak sebagaimana fitrah. Tetapi adakah semuanya begitu? Pada satu satu ketika saya juga tidak terkecuali merasakan ada `penghalang' atau `tidak ada penghalang' satu satu perjalanan itu.Tidak sebagaimana haiwan yang dijadikan dengan semula jadinya boleh melompat jauh atau berlari dengan deras dan lajunya. Mengapa penghalang dirasakan tiada, atau mengapa banyak sangat penghalang? The stumbling blocks, is it all created by our own brain? At  one time, I see no rivers, I see no trees, I see no buildings, what I see is just everything is just not there. Writing is such an exercise where you see what you all the time feel what you see or you don't see. I write just to express knowledge in its raw form and that is it. Why all of a sudden I sense what others don't sense. I sense nothing but the ease and easy on everything. So be it. And that has become the basis of my created principles of other things. I see others having the same sense of ease and easy as it was found in me. A mile is not a mile to them. A mile could be hell to those who possess little knowledge of Allah's creation. Knows Allah in its `true context and form', and life and death then can be so sweet. Can we? Or should we?

Wednesday, September 28, 2011

bukan universiti tetapi sekolah...

Semakin tua kita maka semakin kita memerlukan sekolah lebih daripada universiti. Kita perlu kepada pendidikan sekolah bagi menyerap balik nilai nilai asas yang telah dilupai apabila kita menjadi seorang manusia yang bergelar.  Bergelar apa ye? Yelah apabila kita bergelar abah atau ayah, ramai yang telah melupai nilai sebenar yang patut dimilki pada seorang ayah. Ramai juga yang melupai nilai seseorang itu sebagai suami atau isteri dan suasana baru telah menegakkan nilai nilai yang sangat bercanggah dengan ajaran Islam. Pemandu kereta telah melupai nilai asas sebagai pemandu yang bertimbang rasa. Pembeli dan penjual telah bergelomang dengan dosa dan memporakperandakan dunia kekeluargaan dan ekonomi. Lantas kita melihat dunia dengan nilai nilai gilanya. Allah Yang Maha Besar telah merukunkan Ibadah Haji bagi kita merenungkan balik siapa kita, mengapa kita, dan kemana kita.

Tuesday, September 27, 2011

itu kata kata yang tepat..

Saya telah pergi ke bandar tersebut. Pemergian saya rupa rupanya `cost me my soul and my money'. Too costly. Secara fizikal saya sudah kembali. Tetapi secara mental, saya telah dikuasai oleh sesuatu yang menghalang saya dari pulang. I am under some kind of a spell. Tadi saya telah mengeluarkan kata kata keramat dan merupakan penawar kepada penguasaan sesuatu itu terhadap diri saya. To the last minute, that is today, I am asked to do things against my will. My refusal and my strong will power, and my prayer to the Almighty Allah, breaks it all. At last I am back home leaving that place for good. And now I am free and I am talking..  

Monday, September 26, 2011

jerat besar tertangkap hanya tikus...

Inilah jadinya apabila kita sangat berkepentinggan dan membelakangkan Kekuasaan Allah. Mengapa perlu jerat menjerat? Atau dalam bahasa politik Malaysia hari ini, `mengapa perlu cantas mencantas?' Atau yang lebih teruk lagi di negara lain, `mengapa perlu kerat mengerat, bunuh membunuh?'  Bagi memuaskankan hawa nafsu, manusia sanggup melakukan perkara di luar batasan menepati kata kata `the end justifies the means'. Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Kita dijadikan untuk merasai nikmat sebagai satu ciptaan Allah. Hanya KepadaNya kita menyembah, memohon pertolongan, dan perlindungan.

Sunday, September 25, 2011

intelligence are multi-based..?

A short encounter with the so-called intelligent and educated people and the interaction are mysteriously clouded by a thin veil of doubted basis of `unintelligence' and so worldly. Di atas apa jua berlaku, adakah saya melupainya? Mereka memasang jerat dan apabila tidak mengena maka cetusan gila gila berlaku, kerana sangat marah. Apabila saya menyatakan rasionalnya untuk berhenti berhubungan, mereka tersentak kerana kehilangan yang tidak sanggup di lalui. Lantas mereka berpura pura dan melakukan `retracking'  dengan alasan bahawa mereka dalam keadaan tidak sedar apabila kata kata itu tercetus. Mustahil kan? Sedangakan apa sebenarnya berlaku adalah jerat mereka tidak mengena . Adakah mereka tidak menyedari jerat yang mereka sendiri telah memasanginya? Allah menggariskan kehidupan berpandu kepada Al-Quran dan Sunnah. Isunya bukan soal `jerat menjerat' tetapi soal kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Allahuakbar.

Saturday, September 24, 2011

death hanger...

A death hanger. Yes that term gives strength with legendary energy. Do I know what I am talking about? A short description of the confusion faced by majority. Everybody is using a different hanger. She has her own hanger. So are others. Sesungguhnya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui di atas apa jua perbezaan yang nampak dan yang tidak.

Friday, September 23, 2011

takut...

Berbagai tafsir terhadap istilah `takut.'  Kenapa kita mesti takut? Perasaan yang sangat semula jadi sifatnya. Adakah mulia sifatnya? Mulia di sisi ...? Adakah ianya ada kaitan rapat dengan `sakit' ? Kita takut kepada situasi yang mana kita akan merasai kesakitan. Mengapa begitu sekali cipataan diri kita ini? Saya masih mencari. Hanya apa yang boleh saya katakan, Allah Yang Maha Mengetahui lagi Berkuasa  Ke atas segala-galaNya tidak terkecuali apa yang saya perkatakan iaitu `takut' dan `sakit.' Bersyukur kita kerana terkeluar dari landasan `takut' dan `sakit.' Yang sakit dan yang takut juga perlu beryukur. Tetapi dalam mempersoalkan `takut' dan `sakit' ramai yang takbur dengan kesenangan yang sedikit. Mereka sudah tidak memerhati dan tidak menegur. Kekuatan batiniah seseorang yang diberi kesenangan sangat menyeluruh kesedaranya termasuk kehadiran fizikal individu yang dekat dan jauh dengan nya. Tetapi mereka yang `begini' seolah olah telah lupa hala tuju hidup sebenarnya kerana asyik dengan `kemewahan' yang berupa sementara. Hanya dengan `kesakitan' mereka akan menyedari bahawa kekuatan batiniah itulah merupakan anugerah yang perlu dipraktikkan tidak mengira siapa dan bila. Sangat tersendiri kejadian dan cipataan diri kita kerana hanya dengan sedikit kita telah melupaiNya sehingga azab datang menimpa...Allah Yang Maha Besar. Kepada Mu Ya Allah saya memohon perlindungan dan keampunan.

Thursday, September 22, 2011

makin sayu dan jauh...

Semakin sayu dan jauh. Saya tidak mendengarnya lagi. Tidak terdetik lagi hati ini terhadap apa yang dia mahu dan apa yang dia hendak. Tidak seperti mana ketika baru berjumpa dan baru mengenal. Tetapi sekarang ianya sekadar satu panggilan kepada diri sendiri sahaja. Hanya kepada satu pihak.Saya hanya difahami dalam konteks peluang sementara yang sangat berkepentingan. Should I listen? Allah Yang Maha Besar Yang Berkuasa Ke atas Segala-GalaNya.

Wednesday, September 21, 2011

you are how they see you..

A very one dimensional life - I am how you see me or using a marketing theory, I am how you perceive me. A very one-sided life! Or could be just a very small fraction? A fuller life is what I personally feel about myself. But when comes to judging, I am only their opportunities. Being seen only as products and services for sale. Buying and selling situations. Being aware of the services only when I have a need for it. In Malaysia, yes I know Celcom. What about if I am in Medina? When I was there I soon found it was Mobily. Almost a year I performed my Hajj. And it takes some thinking to recall Mobily. So it is natural what they feel is not what I actually feel, but what they feel about themsleves when your name are being mentioned. I am now experiencing an interaction with a lady. You know what?  I am just nothing to her when comes to my emotion. What she sees in me are her own emotions. I bet she even do not know my full name! So should I care? So life is only bits and pieces. Hanya Allah Yang Mengenal secara Total Segala-galanya.

Tuesday, September 20, 2011

berpegang dan dipegang...

Adakah kita dipegang atau berpegang? Ada orang keseluruhan hidupnya dipegang oleh satu satu pemikiran yang sangat menyimpang dari ajaran Allah Subhanawataala sehingga hilang pedoman terhadap masa dan waktu. Pada mata kasar nampaknya dan sememangnya berjalan dengan baik. Tetapi dilihat dari perbuatan dan amalan setiap hari, mereka ini seolah-olah dipegang oleh kepercayaan karut marut.  Berpeganglah kepada ajaran Allah bukan di pegang oleh adat yang memusnahkan atau melambatkan perkembangan rezeki, hati, dan minda. Berpeganglah kepada tali Allah dan buangkan, dan lepaskan tali yang datangnya dari syaitan yang direjam. Sesungguhnya Kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan ciptaanNya yang lain. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Allahuakbar.

Sunday, September 18, 2011

masih banyak lagi benda yang kita tak tahu..

Lantas kita kena berusaha. Jangan puas dengan apa yang kita dapat. Dalam pada itu kita kena reda dengan kelemahan yang ada pada kita. Tetapi tentu kita diberi kekuatan untuk melakukan sesuatu. Adakah kita berlaku adil terhadap kesemua itu? Hanya kepada Allah Kita Mohon Perlindungan dan Pertolongan..

Saturday, September 17, 2011

Ain...

This girl named Ain has been `bothering' me for quite some time now. Strictly a micro event. Too small to have me and others together in her picture. She stands all alone by her self. Never tend to be a macro one. She and her stories never meant to be shared. Micro only on parts and far from being a whole. It is all about her. It is all  about her sadness, happiness, and dreams. Nothing else. Not a turn towards me as a person. Why must it be so? Hard to understand. Her problems are like root digging of a very big tree in the forest. Mampu ke? In the process I might be buried and sucked in. Till when it would be over? Ain. Everytime, it is only about her. and nothing else but all about her stories one after the other.Satu dimensi dan rahsia hidup yang sukar difahami.Sangat tersendiri. Lepas satu perkara kepada satu perkara. Allahuakbar.

Friday, September 16, 2011

Merdeka Malaysia...

Marilah sama sama kita membangunkan negara kita yang tercinta. Be an informative, knowlegable,  and creative citizen. Jangan simpan regrets and hatreds,  simpan duit dan simpan kawan. Jangan buat kacau, tapi fahami keperluan  buat dan pasarkan barang banyak banyak dalam dan luar negara.  Peluang berada dimana mana dan bila bila masa. Beri perkhidmatan dengan ikhlas dan lemparkan senyuman.  Dalam apa jua hal dan keadaan, bersyukur dan berdoalah kepada Allah Yang Maha Besar.

Thursday, September 15, 2011

hollow, follow, swallow..

The music is hollow. The thoughts are macro. But the effect is zero. It does not make any sense anymore? Why? I am on the verge of  taking my youth away..haha..Just kidding. It is just a micro chipping thinking exercise. Hard to folow? Just swallow it...Sesungguhnya Allah Maha Besar, Maha Berkuasa lagi Menguasai Segala-galanya. Sekecil -kecil dan sebesar besar perkara yang berlaku adalah satu ketentuan.

Wednesday, September 14, 2011

Pencipta dan dicipta....

melaluinya dan merasainya...dua perkara yang berbeza bagi dua orang dan ianya tidak boleh dikongsi..Negaraku..itulah lagu yang berkomandang di kaca TV menandakan bermulanya siaran pada hari ini. Saya mendengarnya. Tetapi halwa kepuasannya bagaimana? Saya mendengarnya dan saya merasai sesuatu. Adakah ianya dapat dikongsi dengan orang lain? Tidakkah terdengarnya lagu itu melibatkan puluhan ribu rasa dari orang orang lain selain saya? Apakah pula mereka rasai? Mereka melaluinya dan sudah pasti mereka juga merasai apa yang mereka rasa. Tetapi lagu itu hanya untuk pendengar seperti saya. Contoh buat rumah. Bukan untuk pembina rumah tetapi untuk penduduk rumah. Bukan untuk pencipta tetapi untuk yang tercipta. Adakah saya berpeluang bagi merasai peranan kedua-dua nya sekali? Saya mencipta tulisan saya pagi ini, tetapi hanya bagi pembaca yang tercipta kerana isi dan perkara yang ditulis hanya bagi mereka yang hanya merasai kepuasannya. Merekalah yang sebenarnya mencipta tulisan saya ini. Fitrahnya pembaca adalah pembaca yang hanya merasai diri mereka sendiri sahaja. Pembaca tercipta kepada sesuatu penulisan dengan sendirinya. Allah Yang Maha Besar Yang Mencipta kerana doa dari yang tercipta? Hamba Mu memohon keampunan. Hanya Allah Yang Mengetahui Segala Rahsia PenciptaanNya. Apa adakah yang dicipta menyedarinya? Wallahualam.

Tuesday, September 13, 2011

berlebih..

Berlebih daripada sepatutnya memang menakutkan. Baru baru ini saya menerima sms dari seseorang `almost everyday.' Tertanya tanya mengapa begitu berlebihan sms dia kat saya? Sebulan setengah kami ber sms dan saya hanya melayan sahaja kerana saya ini adalah seorang akademik yang suka mengaitkan satu variable dengan variable yang lain. Lagi pulak saya ini memang baik orang nya. Tak suka menguris hati orang lain. Haha. Buat research lah kononnya.Sekadar mencari kebenaran. Bertemukah saya dengan kebenaran tersebut? Ada beberapa kaitan yang saya jelmakan untuk tujuan dan ujian `research' itu. Bertemu ke saya dengan jawapannya?? Masih mencari dan memikirkan nya.Semalam dia masih ber sms tetapi tidak sekerap dulu. Jadi apa sebenarnya kaitan yang boleh dirumuskan? Iman kepada Allah ada turun naiknya. Allah Yang Maha Berkuasa Keatas Segala-galanya. Adakah kebenaran itu datangnya dengan ujian? Kepada Allah saya memohon perlindungan dan pertolongan. Perjalanan hidup tanpa taufik dan hidayat akan membuat kita menyimpang jauh dari kebenaran. Mintalah. Mohonlah. Berdoalah. Allahuakbar.

Monday, September 12, 2011

Buta ke...?

Buta huruf, buta hati, buta sejarah..suka sangat bangsa kita mengaitkan dengan perkara yang kita tak tahu itu sebagai `orang buta.' Tak apalah orang buta kalau dia melanggar kita boleh maafkan. Tapi istilah buta sejarah seakan akan memperli dan menyindir sesorang kerana kelemahan yang sepatutnya tidak. Adakah pernah dengar orang yang `buta seks?'. Takde pulak. Bila bab itu, pandai je, walaupun dalam gelap, haha. Istilah `kaki' pulak macam mana?


Kaki judi, kaki perempuan, kaki arak...mengapa istilah kaki pulak? Buruk sangat kah kaki kita ini? Mengapa tidak dilabelkan sahaja sebagai `hati judi, hati kat perempuan, hati kat arak'...Kan lebih tepat?


Dalam diri aku ini rasa ada perkara yang saya `buta' dan ada yang saya `kaki'. Tetapi sudah tentu tidak buta sejarah dan jauh sekali kaki perempuan dan kaki arak. Kaki pergi ke masjid adalah. Tapi tidak sebenarnya kaki aku yang ke masjid..sebab saya berkereta pergi ke masjid... .Islam berkata setiap langkah ke masjid akan di beri pahala...Alahai..bab ini tidak pulak aku buta. Tapi ada juga banyak perkara yang saya masih tak tahu.


Lantas walauapapun keadaan buta kita hadapi, berdoalah agar Allah akan memberi taufik dan hidayat dan membuka lembaran pemikiran yang baru..

Sunday, September 11, 2011

Tidak lagi...

Tanggungjawab ada sempadannya. Allah Maha Besar mengetahui segala rahsia kesempadanan ini. Kesempadanan mengingat sesuatu ada hadnya. Melibatkan diri dengan satu perjalanan hidup seseorang ada sempadannya. Garisan penamat itulah mengehendakkan kita bersembahyang malam memohon kepada Yang Maha Esa supaya dihidayatkan tanggungjawab yang bukan tanggungjawab kita lagi. Renungkan garisan garisan bila hendak bersuka dan masa untuk serius terhadap sesuatu tanggungjawab.  Garisan boleh buat dan tidak boleh buat. Garisan hak dan bukan hak. Kesemua ini akan mengundang keterlampauan jika tidak diperhitungkan dari sudut Allah Yang Maha Mengetahui. Ramai yang terjebak. Ramai yang terperangkap. Ramai yang menderita dan berduka. Ramai yang jatuh miskin dan merana.  Ramai yang sakit dan keperitan. Ini kerana mereka melupai kesempadanan yang di prinsipkan dari ajaran Allah Subahanawataala. Sesungguhnya dalam mencari Kebenaran, berdoalah kepada Yang Esa yang akan mengilhamkan Ketepatan dan kesempadanan kepada Segala-Galanya. Allah Yang Maha Besar.

Saturday, September 10, 2011

Menepati rasa..

Adakah saya telah menepati rasa pada ketikanya diatas jutaaan rasa yang telah dilalui? Bagi individu tertentu hanya melihatnya dari sudut kerasaan dan kekerasan hati yang hanya menguntungkan dia sahaja. Jika berlakunya pergeseran rasa dengan individu ini, saya di letakkan dalam kategori orang yang tidak mempunyai perasaan. Terasa pelik pulak! Mengapa saya selalu dibuat dan diperlakukan begitu? Hari ini mengikut kalender orang inggeris, 10 September adalah tarikh kelahiran saya. Soalan yang pertama yang saya ajukan kepada saya pagi ini adalah `all this time and ages, have I been playing big with only my own feeling?' Allah Yang Maha Besar. Hanya kepada Allah saya berserah, memohon perlindungan dan pertolongan.

Friday, September 9, 2011

biarkan..?

Rupa rupanya apa yang saya lakukan selama ini tidak ada kaitan dengan sayangnya saya kepada orang lain.  Atau ada orang lain menyangi diri ini. Rupa rupanya ia hanya untuk diri saya sendiri. Ditengok secara halus, secara peribadi, saya tidak pernah disayangi, saya tidak pernah disukai. Kalaulah ada rasa rasa begitu, ini adalah kerana sebahagian besar perasaan saya adalah kerana saya seorang yang penuh dengan perasaan kasih sayang itu.Itulah cipataan dan kejadian saya. I do things to accomodate my own self-felt feeling and emotion. And those feeling and emotion are with me since I was born to this world. It is an old story but being furnished with pacakges that spells who I am emotionally. Sympathy? A real world has never been real at all. That feeling has been all over me right from the beginning. On the outside, it is just a dry, hot and cold, bare and just generic. It does not spell anything. Yet, I still help. Why? Di atas segala-galanya adalah Kebesaran Allah. Itulah  penguasaan sebenar kepada diri saya. Itulah mulanya. Atau itu kah penyebab kepada segala-galanya? Allahuakbar. 

Thursday, September 8, 2011

Generic...

Generic. Only at that level when we first want to say about something. It is supposed to be the starting point of a lecture or a conversation. A common topic and a common point from customers of convenience products. Loses its simplicity when talking about an industrial product by an industrial buyer and an industrial producer. But still loses its complexities when seen by a common man. A threshold of understanding is different with different roles we happen to play. Sesungguhnya kita dijadikan berpasangan dan dalam konteks itu pasangan itu berpijak di muka bumi ini sama ada di bendung`simplicities' atau di bendung`complexities.' Dalam konteks `continuum' ada mula ada akhir, ada benda lama dan ada benda baru, ada ambil mudah dan ada tidak ambil mudah, dari saya dan kepada kita semua, ..Allah Menguasai ke atas Segala-Galanya.

Wednesday, September 7, 2011

would there be always a password behind a username..?

Would there be a story behind a story..? Bet they do. So is a username, there must be a password that can explain that very person you are talking to. Would there a password to a word? I am what I am. In most situations I know what I am doing and I know what I am saying. Why? Because I hold the password to the understanding. As for others it takes a trial and error to understand somebody. Why? Because that person does not allow you the luxury of his password. Everybody can grow a tree. But what kind of tree that can be planted by you? Growing something is generic. No password is required. But what is best grown by your hands? Then it needs a password. Rahsia kejadian, ciptaan dan alamraya masih banyak perkara yang belum diselongkar rahsianya.Kepada Allah kita memohon `password' supaya rahsia kehidupan dan kematian dapat difahami dengan betulnya. Allah Yang Maha Besar dan Mengetahui Segala-galanya.

Tuesday, September 6, 2011

As focused and as exact..

Despite I want it to be as exact I want it to be, it is still loosed and irresponsible if viewed from the othe side of life. My heart is created for me and not for others. Maknanya hati saya adalah untuk saya sahaja dan bukan untuk orang lain. Tidak ada perasaan yang dapat berkongsi. That is why we should be very responsible when confronting another individuals, for our heart are not his or hers. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Monday, September 5, 2011

conveniences of a day..

Conveniences of a day are more than the misfits, misdeeds, mismatch,and the inconveniences of thinking about yesterday and tomorrow. We have landed on the ground of conveniences that sets us apart from hunger and thirst. It should be all nothing but all gratefulness. Kepada Allah kita sujud kesyukuran di atas apa jua yang kita dapat rasai. Adakah merasainya merupakan nikmat?

Sunday, September 4, 2011

Enough of old pictures and old memories..

Facebook is an overdose of all those memories and all those pictures.  Is it a therapy or a poison to the weak ones? As for me I want it but I don't go for it. It is not a painkiller and neither it is a healer. It kills the good thoughts that can be of use to solve the problems of tomorrow. So enough is enough of yesterday. See tomorrow for 1 tomorrow is better than a 1000's yesterdays. Hanya Allah Yang Menentukan Segala-galanya.

Saturday, September 3, 2011

Catatan peribadi menguasai suasana...

Di sana sini diperhatikan manusia memperlengkapkan sesuatu dengan kata kata dan perbuatan peribadi lebih daripada soal ummah. Mereka sangat terpelosok dengan kisah kisah kejayaan sementara di dunia ini. Soal membeli sesuatu adalah soal perlengkapan masalah peribadi. Segala-gala yang penting dan pokok telah menjadi perkara tepian buat mereka. No longer respect the old or invites them in. Apa yang terjadi, kisah muda dan catatan peribadi mereka mengatasi segala-galanya. Apa tidaknya,  kemesraan alat alat seperti handphone dan tablet komputer menggambarkan penguasaan sebenar bukan lagi peradaban yang luhur, tetapi penguasaan alat alat peribadi sebagai penghias diri. Saya dengan merendah diri memohon kepada Allah Yang Esa supaya diberi pengampunan, pertolongan, dan perlindungan.

Wednesday, August 31, 2011

Tertinggal jauh...

Ada reaksi yang sungguh meninggalkan kesan. Kesannya adalah terlalu personal untuk diperkatakan. Mengapa? Kerana aku tidak tahu sama ada ia datangnya dari emosi yang bergelora dan berkocak, atau dari logika fikir yang stabil.  Adakah aku sudah tertinggal jauh atau mereka yang sudah terlalu jauh untuk disedarkan? Tetapi jelasnya aku masih berpijak di bumi yang sama dengan langkah yang sama. Apa ianya tidak lagi berarus seperti dahulu, sekadar melalui masa yang tidak lagi dapat diurus? Hamba Mu Ya Allah bermohon supaya jalan yang dilalui adalah jalan yang lurus menuju kebenaran hingga ke akhirat.

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Entah dari mana..tetiba terasa hendak di bina sesuatu untuk aku. Sesuatu yang menampakkan kemenangan. Boleh ke? Ramai pemerintah yang hendak diingati telah membina monument atau tugu bagi mengingati mereka yang akan pergi dan telah pergi. Maka terbina tugu yang tersergam indah. Aku tidaklah terasa begitu. Apa yang aku usahakan adalah dalam bentuk pemikiran yang boleh diguna bagi mereka yang menghadapi masalah harian. Hanya Kepada Allah Kita memohon Pertolongan dan Perlindungan. Dan kepada Allah kita mengucapkan kesyukuran. Maka hari ini kita menyambut dan meraikan kemenangan kita.

ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
         MAAF DZAHIR BATIN.

Monday, August 29, 2011

Perfection...

The perfection rests with the perfection of the group. When comes to individual versus the group, the group is much perfect than the individuals in the group. As an individual, from top to bottom, from inside to outside, from physical to mental, from life to death, imperfection rules the space and the time, the land and the seas, the night and the day. Physically she or he might score a perfect 10, but when comes to management of needs, wants, and money, the same person might score a perfect zero. And some says, you might be beautiful, but you loose your beauty when comes to money management. You are a perfect individual, but you disgust me when you talk about spending money that can betray the dynamics of a marriage and a group. Is my writing perfect? Could score a perfect 10. What about me as a person? Kesempurnaan adalah milik Allah. Walaupun begitu manusia tidak sunyi dari mencari kesempurnaan. Carilah dalam bertawakal dan bertaqwa. Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Akhirnya hanya kebesaran Allah Yang ditemui. Berdoalah. Allahuakhbar.